Archive for the ‘technology in education’ Category

~ sentuhan akhir ~

Sentuhan akhir dan pembentangan projek

Pada minggu ke 13, kami sekumpulan (Aiman, Nana dan Nisa )  telah menjalankan usaha untuk  menggabungkan pecahan yang terdapat dalam video kami yang diasingkan mengikut jalan penceritaan dan lagu yang telah dirancang beserta dengan kata-kata yang bakal menghiasinya kelak. Antara program yang digunakan ialah, window movie maker, Nero dan sony vegas 9.0.

Pada awal penceritaan, kami menggunakan lagu `You Raised me up` yang menceritakan pengorbanan ibu dan bapa yang telah membesarkan kali sehingga kini.

Kemudian diikuti oleh lagu `kasih sayang `oleh sixth sense yang menggambarkan detik-detik manis antara anak dan ibu bapa sejak dari kecil. Gambar yang dipamerkan juga menujukkan suasana yang ceria dan harmoni.

Selepas itu, kami latari dengan muzik ‘still water’ menceritakan tentang pesanan ibu bapa kepada anaknya, mengingatkan tentang suasana yang bakal berlaku tika ibu dan bapanya tua kelak. Pesanan semoga anaknya itu tetap sabar dengan kerenah mereka apabila tua kelak.

Akhir sekali kami tutup dengan ‘ nasyid doa untuk ibu bapa’ dengan berlatarkan gambar ibu bapa dan anak-anak.

Pada minggu tersebut juga kami berusaha untuk mengedit semula hasil kerja dan mengedit gambar-gambar yang telah kami perolehi. Namun, ada juga sedikit kesukaran yang timbul apabila kami terlalu banyak mengumpulkan gambar kanak-kanak berbanding dengan ibu bapa. Untuk mengatasi masalah tersebut, kami mencari sumber lain dengan mendapatkan gambar ibu bapa dan saudara mara sahabat-sahabt yang lain.

Secara keseluruhannya, projek ini mengambil masa seminggu untuk diedit secara keseluruhannya. Kerjasama antara ahli kumpulan yang memberangsangkan turut memudahkan kerja kami.

Pada petang hari pembentangan, kami sangat berdebar-debar kerana risau sekiranya objektif yang kami rancang tidak tercapai. Namun selepas dibentangkan, kami bersyukur keran respon dari sahabat -sahabat lain sangat menggembirakan. Video lain yang dibentangkan juga sangat menarik dan kreatif hasil nukilan semua senior pelajar TESL, selaku junior tahun dua program sains, kami bimbang sekiranya projek yang kami lakukan tidak mencapai kehendak yang disyaratkan oleh CIk Aidah.

Akhir sekali, sekalung penghargaan buat cik Aidah, mentor kami yang telah banyak memberi tunjuk ajar di dalam kelas dan sangat mudah untukbertoleransi dengan kerenah- kerenah kami. Tidak lupa juga kepada  pensyarah-pensyarah kursus Teknologi Dalam Pendidikan yang telah mengajar kami. Dr Rosseni, Mejar Jasmy dan Dr Arbaat.

 

– holiday and progress of group work –

Salam..

Setakat ini, setelah pulang dari cuti, berakhirlah miggu untuk saya dan rakan sekumpulan untuk mencari bahan seperti audio, video dan gambar untuk dimuatkan dalam video kami.

Sepanjang cuti selama seminggu, kami ditugaskan untuk mendapatkan sebanyak mungkin bahan yang dirasakan sesuai dengan tema keibu bapan untuk dimuatkan dalam vidoe kami kelak. Sepanjang cuti, saya banyak menghabiskan masa di kampung dan cuba mencuri peluang yang ada untuk megambil gambar atau video yang sesuai.

Tambahan pula, ketika musim cuti sekolah, ramai saudara mara pulang ke kampung dan suasana sangat meriah.

Gambar yang kami kumpul sepanjang di rumah akan digabungkan dengan bahan yang kami dapat semasa berjalan di kawasan bangi dan kajang. Sebelum minggu kami pulang ke kampung, saya dan ahli kumpulan yang lain berjalan ke pasar malam bangi, dan alhamdulillah, kami dapat kumpul banyak bahan.

 Cuma masa yang terhad dan suasana yang terlalu ramai orang agak menghalang kami untuk mengambil gambar yang dikehendaki.

Ini Memandangkan minggu ini adalah minggu untuk kami mengumpulkan bahan dan mula untuk menyuntingnya. InsyaAllah, kami,  iaitu saya, nana dan aiman akan mencari satu masa lain semasa di kolej  bagi menggabungkan bahan yang kami dapat dan menyesuaikan dengan plot cerita yang hendak kami sampaikan dalam video itu nanti

~ Teaching : Acid and base ~

Subject : Chemistry

Topic : Acid And Base

Learning Objectives :

  1. To state the meaning the acid and base
  2. To differentiate the physical properties of acid and base
  3. To State the use of acid and base in daily life

In order to achieve the learning objectives, me use this instructional learning model to guide teachning and learning process.

The ASSURE Model

A: Analyse Learners : Before begin the learning process, teacher get to know who are the target audience

  1. General Characteristic : Form Four, 16years old girl and boys student, Various of ethnic group,  Most of students lack of social interaction, pasive
  2. Specific Entry Competencies : Students only have poor prior knowledge about acid and base, students do not have experimental skill to differentiate acid and base like using litmus paper and pH meter,
  3. Learning Style : Experimental, Verbal, Logical, Structured

S: State Objective : There is a guide to state objective using ABCD’s

  1. Audience :  Form 4 of Science class
  2. Behaviour to be demonstrated : acid and base properties
  3. Conditions under with behaviour will be observed : during a simple quiz at the end of the class
  4. Degree to which the learned skills are to be mastered : Expert and able to do the experiment to differentiate between  acid and base using the right techniques

Form 4 science class students will be able doing the experiment of acid and base to investigate about acid and base properties using the right technique and will be able to answer a simple quiz regarding the experiment in the end of the class.

S : Select instructional methods, media and materials

Teacher will have a clear idea of what they should get out of the lesson, then teacher is ready to select the media to use for the lesson. In order to do this experiment, teacher will provide materials and apparatus for this experiment. To make it more interesting, teacher can allow students to bring any items that they know are having the properties of acid or base like oranges, coffee, soap, and toothpaste. Teacher will provide lime juice, soap, litmus paper and pH meter.

In addition, teacher also can show a video in example of proper experiment demonstration. Still picture and chart about pH level according the acidity also can support learning. Metrials use are, overhead projector, computer, printer, transparency paper and cardbod.

U : Utilize media and materials

Teacher will make sure that her instructional materials are suitable and working the best, so teacher can and then use it in the classroom. In this experiment, teacher will make sure, litmus paper and pH meter are in well conditioned. Teacher need to make the lime and oranges juice before the experiment session. In order to show the level of pH and acidity, teacher need to prepare a complete chart on the transparency paper and make sure the OHP is worked. The meaning and differences between acid and base can be shown using mind map on a cardbod.

R: Require learner participation

After the teaching and learning process we need to evaluate and revise the process. Evaluate the method that we use eitheir it working or not. Working in this context is either  the method that we use in achieve the objective or not.

Shooting..

Salam.

Kami dah pun memulakan gerak kerja utk mendptkan bahan utk projek kumpulan di sekitar hentian kajang dan pasar malam kajang.  Perasaan mase nk bertolak ke sane tu mmg bersmngat dan ada juga tkut kalau-kalau ada pihak yg x senang ngan pbuatan ktorg ambik2 gmbar sesuka hati tu. Hee. Mcm paparazzi plak. Tp niat ktorg juz nk memuatkan gmbar dlm video nnt, x bniat pun nak repot kt mane2 datin ttg aktvti mana2 datok.gmbar hiasan semata mata

-ni gambar hiasan sahaj, yg sbenar dirahsiakan utk tujuan ‘surprise’-

Target scene yg dirancang ialah gambar ibu bapa dan anak2 yg meluangkan masa kt psr mlm tu. Kami pergi dgn tujuan sampingan utk cari mknn utk mkn mlm juga, hee. Sampai kt gerai pertama, ujan pun mula turun dengan mkin lbt. Dugaan juga masa tu, baru je menapak dh hujan, tp kami sempat snap bberapa gmbar pakcik jual nasi ayam dgn ank2 kecilnya yg ikut sama berniaga.

Mereka pun turut sama sibuk menemani bapanya yg kelam kabut nk menyelamatkan nasi2 aym yg kna tempias hujan. Besar kan pengorbanan seorg ayh dlm membesarkan ank2nya. Semoga semua ank2 pakcik kelak jadi insan yg berguna pd agama, diri, keluarga, bangsa dan Negara. InsyaALLAH.

Dsbabkan ujan yg agk lebat, kami berteduh dulu di deretan kedai sehingga hujan kembali reda. Dalam keadaan yg renyai, kami terus juga berjalan di sekitar pasar malam utk mengumpulkan seberapa banyak bahan yg sesuai. Alhamdulillah, ada juga bahan yg boleh kami bawa balik. Kami balik ke kolej dgn keadaan yg basah ttpi sgt seronok.

~ instructional design models and phtograpyhy~

Kuliah  mggu lepas dan mggu ni dkendalikan oleh Mejar Jasmy bin Abd Rahman. Mggu lepas adalah pertama kali kami mengikuti kuliah dengan beliau kerana sebelum ni dengan Dr. Rosseni. Kedua-dua kelas ni mmg seronok.

Kami disajikan dengan bnyak n pelbagai video yg menarik. Hebatnya insan2 dan berhikmahnya nilai2 yg dpt kami lihat melalui video2 tu.

Rasa kerdil sgt2, sugguh ramai lg org2 yg hebat di atas muka bumi ni. Inipun bru prasaan kerdil bila dbandingkan dgn sesama insan yg djdikan DIA sama tarafnya, apatah lagi di sisi yg Maha Agung itu. Hmm.. kate2 hikmah ni dr sape ye sy lupe, huhu,, tp slalu diingtkan oleh shbt2 dan akhwat yg dicntai.. ‘ Hanya org yg hebat itu akn ke syurga ‘.

Jadi bila bhdapan dgn ape je msibah dan dugaan, ingtlah itu proses utk mnjdikan kita seorg yg hbt. Org yg hbt juga org yg mampu mgawal hawa nafsu. Sekadar ungkapan di bibir mmg berganda2 lbey sng dr aplikasinya, namun sbagai insan terpilih yg dkurniakan nikamt islam dan iman, kita sma2 bermujahadah utk jd org2 yg hbt insyALLAH.

K lah berbalik pada tujuan asal, sy nk refleks blik kelas Major Jasmi yg pertama dan kedua. Semasa kuliah pertama dengan Mejar Jasmi, kami diperkenalkan dengan beberapa model pembeljaran yang boleh membantu dalm proses pengajaran dan pembelajaran. Banyak model- model yang dinamakan mengikut akronim bg setiap tahap2 yg terdpt dlm setiap model itu, seprti :

ADDIE, Analysis, Design, Development, Implementation, Evaluation

ASSURE, Analyze, State Select, Utilize Require, Evaluate

ARCS, Attention, Relevance, Confidence, Satisfaction.

Setiap drpd model2 yg dikemukakan ni, ada tahap2 terperinci yg tertentu yg membezakan antara setiap model. Sbnrnya, bnyak lg model lain, tp ni adlah di antaranya. Mejar Jasmy banyak menyelitkan video2 yg berkaitan diselangi dengan slide power point, membuatkan kami tidak jemu dan bertambah semangat nk mghasilkan video kami sendiri. insyaALLAH.

Kelas kedua iaitu pada hari ini mengenai fotografi. Mejar Jasmy menjelaskan kepada kami kelebihan2 dan tujuan2 fotografi. Saya sgt tertarik denagn gambar2 unik yg ditujukkan. Namun ada juga gambar yg x sggup utk dilhat. huuu,, sedih, gambar seorang bapa yg telah meninggal dunia beberapa hari tanpa disedari anak2nya. Keadaan yg sgt kasihan. Jenazah yg dpenuhi ulat dan x menampakkan rupa amat menyayat hati.

Mejar menceritakan bahawa itu adalah kisah benar yg berlaku di kalangan kita umat islam sendiri. Dimanakan kesedaran mereka ya, sbgai anak2. Muhasabah juga buat diri ini untuk sntiasa menunaikan tggungjawab pd ibu dan bapa. Walaupun ibu atau bapa atau kedua2nya sudah tiada, menjadi tggungjwb kita juga untk mendoakannya.

Apabila mati anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali daripada tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya.”

Marilah kita sama2 mengislahkan diri untuk menjdi ank yg soleh dan solehah, Aaminn. Kelak kita juga bakal menempuh alam keibu bapaan tu dan juga bakal ke alam barzakh. MATI itu pasti. Al Fatihah buat arwah Ayahanda tercinta, moga bahagia di sana..

Berbalik pada isi kuliah hari ini, Mejar Jasmy juga memperkenalkan jenis  kamera dan aneka aksesori serta gajet-gajet kamera digital yg berada di pasaran kini. Sebelum tu, Mejar menceritakan tentang sejarah fotografi dr awl sehingga kini. Rekaan yg semakin canggih dan moden boleh didapati dengan mudah, berkat pengorbanan org2 terdahulu yg mengkaji tentang penambahbaikkan kamera yg sedia ada. Kuliah sejam dirasakan sgt singkat sbb inputnya sgt hbt.

 

tutor tekno 2..

Salam pembuka kata..

Kelas tutor teknologi dalam pendidikan minggu ni mmg syok. kami disuruh untuk mencari setiap satu kumpulan satu model pembeljaran. Kump sy memilih tajuk mindtools. Agak mencabar sbnrnye sbb kami x pnh blajar psal mindtools ni, klau teori konstruktivisme, behaviourisme and teori kognitif tu biasa la dgr dalm kuliah psikologi pendidikan dulu. huhu, Tp syok gak ble buat aktiviti perbincangan mcm yg berlangsung dlm klas tutor ari selasa tu. Mmg merangsang pemikiran untuk berfikir. Heee.. soalan yg dberikan oleh tutor juga agak susah, tp kami tahu, itulah tahap pemikiran yg sepatutnya kami capai pd thap seorg peljar unversiti. hihihi.. dulu mase sek soklan direct jerk.

ha.. berbalik pd mindtools td. sape yg tahu, leyh la bg comment ttg pnglman menggunakan konsep ni,bg yg x tahu, sila la browse utk maklumat lebih lanjut d mana2 lman web atau jurnal. hihi, sy pun msih baru ttg mindtools ni, jd secara kasarnye, ia adlh model pembelajaran yg berasakan komputer.

Masa kelas mgu ni juga la kami membentangkan proposal ttg projek kumpulan kami.. ” CINTA INFINITI “. Inilah proposal yg telah dikemaskinikan. 😉

nama kumpulan: 2G.B

SUBJEK TINDAK BALAS
Tajuk Projek cinta infiniti
Masalah Terkesan dengan kes-kes masalah kekeluargaan yang berlaku baru-baru ini, kami rasa terpanggil untuk membincangkan perkara tersebut bersama sahabat-sahabat
Objektif 1. Menyampaikan permasalahan isu2 kekeluargaan yang sedang hangat diperkatakan. 2. Mengingatkan kembali pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak2.3.muhasabah diri
Penyelesaian masalah yang sesuai Membina sebuah projek multimedia yang menarik mengandungi teks, video, dan audio
Audien sasaran mahasiswa dan mahasiswi  

 

Minggu Perancangan
13 Jan-25 Jan – perancangan tugasan – merancang perjalanan cerita- meninjau tempat
26 Jan-9 Feb   –  memulakan gerak kerja – menangkap gambar dan merakam video- mengumpul bahan (spt audio)
10 Feb- 21Feb – mengumpul bahan di rumah
22    feb – 8 Mac -mengumpul semua bahan dan menyunting video
9Mac – 16 Mac persiapan terakhir, mengemas kini.

 

tempat:

pasar malam bangi,sekitar bangi dan kajang

tenaga kerja:

pengarah: Aiman

penyunting: Nana

penulis skrip: Nisa dan Nana

jurukamera: semua

pengangkutan:Aiman dan Nisa

Perjalanan cerita:

pendahuluan-memaparkan permasalahan isu2 kekeluargaan yang wjud

-isu2 semasa

a)anak pukul ayah kerana tidak diberikan rm 1 juta

b)anak bunuh kejam 4 ahli keluarga di gemecheh ,negeri sembilan

-mengimbas kembali pengorbanan ibubapa menjaga anak2

[dari bayi ke dewasa]

penutup: Dalil al quran tentang menghormati ibubapa.

sebenarnya, dlm entry sblum2 ni dah ada proposal ni, ni cuma dsusun menggunakn penyusun grafik yg lebih kemas.. hee

Progress of group work

Selepas je mghdiri kelas tutor kami yg pertma,, lega rasenya. hee. kami sekelas dgn senior2 dr tesl yg sgt periang. Kami je la yg diam dlm klas tu.. hehe.. cuba mengadaptasikan ngan suasana baru yang meriah tu. Tutor kami pun mmg easy going je orgnyer, syokk. Cuma kami agk ketinggalan dr senior kami ni. Tp x pe, dgn berkat smngat antra kami n dorongan tutor yg sgt bertolak ansur, insysALLAH, sume tugasan akn kami lksanakan sbaek mungkin..

Kelas tutorial pertama bg kami n yg kedua utk senior kami ni blangsung dgn pmbentangan oleh semua group ( except us ). Sy kagum dgn kekreatifan kumpulan2 lain. Sy cuba gak muhasabah diri kenapa ye x boleh jd kreatif mcm tu, hee, sy ni dah biasa ngan perkara yg objektif berbanding yg subjektif kot. Sains, kimia, math, formula, teori,organic, n mcm2 lg la yg perlu kami terima sejak sek menengah lagi tanpa ada pertikaian, pendek kate adapt jerk,, 

jadi dah terdidik utk x jd lbey kreatif. sebenarnya ada je sudut yg boleh mlatih kekreatifan tu, tapi mentaliti sempit sy ni je yg menghalang, hehe,, Study hard utk lulus cemerlang dlm exam je. So, the conclusion is,, kna ubah mentaliti tu,, Dah melalut plak, sdikit utk muhasabh diri je.

Berbalik pada kerja kump kami, pada asalnya kami dah pun decide nk buat ttg alam sekitar, tapi dah ada kump yg buat jd kami pun buat keputusan utk tukar tema kami utk mewujudkan variasi dan x akan jd isu perbandingan nnt secara eksplisit ataupun implisit, hee.

Kami buat keputusan untuk tukar kepada tema ibu bapa. Berkonsepkan kasih sayang atau cinta yg x berbelah bagi dr ibu bapa kepada kita sbgai anak-anak, kami memberi tajuk utk kerja kumpulan ni ‘ Cinta Infiniti ‘. Cinta yg plg utama selepas ALLAH dan Rasul. Antara sebab mengapa kami ingin memilih tema ini adlah kerana kami terkesan dengan pelbagai isu kekeluargaan yang menunujukkan ramai anak-anak yang tanpa rasa bersalah mengabaikan ibu bapa mereka. Mungkin ia merupakan perkara yang remah bagi sesetengah pihak, namun ia agak menyentuh sensitiviti kami. Apakah nikmat lain selain kasih sayang ibu bapa yang telah mengaburi mata anak-anak sehingga sanggup meninggalkan ibu bapa sendiri ? Apakah mereka tidak terfikir bagaimana anak yatim piatu yang barangkali x pernah melihat wajah ibu bapa sendiri atau kehilangan mereka sewaktu usia yang mentah. huhuhu. emosi plak, hihihi,, 

semogi objektif kami tercapai.. insyaALAH

Kumpulan kami ni diberi nama 2G.B. Mesti mcm yg terlintas di fikiran shbt yg lain, ape mknanya tu, ‘ Grand Billions ‘, ‘ Guru Besar “, atau ‘ Giga Byte’. he Sebenarnya, ia bermaksud, 2 girl and 1 boy maka jdilah 2G.B.

Ini secara ringakas draft kami.

Objektif

1. Untuk menyampaikan isu-isu dan permasalahan tentang isu-isu kekeluargaan yg sedang meruncing

2. Untuk mengingatkan kembali pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak untuk menjadi manusia yang berguna

3. Untuk bermuhasabah diri sejauh mana penghargaan kita sebagai seorang anak

Tempat

Sekitar bangi, Kompleks membeli belah Bintang, Pasar malam Bangi dan Kajang, Metro Kajang, Kolej kediaman dan rumah kami  masing- masing

Time frame

13 Jan-25 Jan     – perancangan tugasan

                                  – merancang perjalanan cerita

                                  – meninjau tempat

26 Jan-9 Feb        –  memulakan gerak kerja

                                   – menangkap gambar dan merakam video

                                   – mengumpul bahan (spt audio)

10 Feb- 21Feb     – mengumpul bahan di rumah

22 Feb – 8 Mac   – mengumpul semua bahan dan menyunting video

9Mac – 16 Mac   – persiapan terakhir, mengemas kini

Tugas

pengarah: Aiman

penyunting: Nana

penulis skrip: Nisa dan Nana

jurukamera: semua

pengangkutan:Aiman dan Nisa

Jalan cerita

pendahuluan-memaparkan permasalahan isu2 kekeluargaan yang wjud

-isu2 semasa

a)anak pukul ayah kerana tidak diberikan rm 1 juta

b)anak bunuh kejam 4 ahli keluarga di gemecheh ,negeri sembilan

-mengimbas kembali pengorbanan ibubapa menjaga anak2

[dari bayi ke dewasa]

penutup: Dalil al quran tentang menghormati ibubapa dan kata-kata hikmah serta muhasabah untuk penonton reflek kepada diri sendiri tentang apa yang telah kita buat untuk menghargai pengorbanan ibu bapa.