Archive for the ‘sahabat wa sodiqati’ Category

:: insan ::

Di kala rasa jatuh dan sepi saya cuba bermuhasabah diri dan bersoal dengan hati. Wahai nisa, apakah tujuan hidupmu..? Kamu hendak memilih yang sementara atau yang kekal..? Impianmu yang paling besar adalah apa..? adakah hanya sekadar hidup yang senang dan bebas di dunia, belajar, lulus peperiksaan, belajar di universiti, mendapat pekerjaan, membantu keluarga, mencari pasangan hidup, mendapat anak, kemudian…… sudah bersedia untuk MATI? sudah bersedia untuk kehidupan sana? Sudah banyak bekalan dengan gaya hidup di duniamu dulu? Dimana janji mu dengan tuhanmu untuk membela agamamu menjadi khalifah di muka bumi? Adakah sebaliknya berlaku, kamu malah menjadi fitnah bagi agamamu?

maka dengan persoalan persoalan ini, dengan monolog dalaman ini saya membina semangat. Walaupun terkadang rasa asing, rasa berlainan dari yang kebanyakkan, rasa tak cukup masa, rasa sibuk….. Namun dengan sahabat baik saya, saya mampu bangun dari lena dan bangkit dari jatuh. sahabat saya yang paling akrab ialah hati saya,, memujuk diri. Hati saya membimbing untuk saya terus kuat dengan mengingati zat yang paling agung. Melahirkan rasa syukur atas tarbiah terbesar dari DIA. Ujian dan dugaan yang mengajar diri.

Wahai diri dan hati janganlah kamu melupakan DIA, kerana kelak kamu akan lupa akan diri kamu sendiri.. ( 59:19) .wahai diri, tanggungjawabmu sangat besar, menyemai benih-benih kebajikan dan kebaikan untuk kamu tuai hasilnya di ladang dunia dan menjual kepadaNYA kelak. Nescaya tukaran yang kamu sungguh tidak sangka. DIA membeli dengan bayaran syurga… namun ingatlah hati, jika kamu lalai dan mengejar dunia semata-mata…… apakah kesudahannya? Sesungguhnya azabNYA sungguh pedih.

HATI… terima kasih kerana menjadi sahabat karib saya. Perbualan kita di masa sunyi itu betul2 memberi ketenangan pada saya. Membuatkan saya semakin kuat untuk terus berbuat, terus sibuk dan terus asing…… demi RhedaMU ya ALLAH.. pintaku semoga saudara-saudaraku yang lain juga beroleh kekuatan… ukhuwwah yang sebenar ialah ukhuwwah yang membawa ke syurga, yang mendidik hati dan tidak patuh pada dunia semata. Aminnn..

” Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”  (9:24)

dedikasi untuk diri dan, saudaraku tersayang… RARANANADADALALA… semoga kita terus sama meniti jalan meuju redha ilahi.  kerana kita adalah insan, makhluk yang lupa..

Advertisements

~ ziarah di thailand ~

 

 

malaysia-thailand 31.7.2010 – 04.08.2010

 

di banparamai vittaya school. bersama adik comel yang suka dipeluk dan dicium.. he

barisan fasilitator wanita yang bermalam di trap tanee vittaya school  

 

gambar ni telah diedit oleh rumateku dada.. pantai di sana

nasi arab, juadah yang enak dijamu oleh pihak sana, sebuah maahad …

pengalaman.. naik hilux kt belakang, dalam perjalanan ke pantai

menjadi fasilitator di checkpoint 6.. boling botol, penat tapi indah

tiba di sadao thailand..

juga gambar yg diedit dada.. kengan selama 5 hari 4 malam di channa thailand dan berjalan di sekitar, hatnyai, songkla, dan bnyak lg.. semoga ukhuwah berterusan..

pengalaman berkomunikasi dengan kanak-kanak yang tidak pandai berbahasa melayu banyak mengajar kami.. erti kesabaran.

paling penting, hubungan islami yang sangat erat meski budaya, bahasa dan tempat yang berlainan..

~thailand in memory~

:: SodiQati ::

Sahabat,,,

                Ungkapan yang tak pernah lekang dalam kamus hidup saya. Kehidupan di zaman sekolah,matrikulasi dan universiti  membuatkan saya jarang untuk bersama keluarga. Berada di asrama sejak tingkatan satu, kemudian ke matrikulasi jauh di utara, dan k e universitisekarang. Sahabat adalah pedamping yang setia saya. Tak bermakna ada jurang antara saya dan keluarga, jarak yang wujud itu la yang membuatkan saya semakin menghargai keluarga yang tercinta. Membina keazaman yang tinggi untuk saya gigih dalam membantu keluarga.

                Coretan ini Cuma untuk menyatakan betapa rasa kasih dan cinta saya pada sahabat yang pernah hadir dalam hidup sejak dari sekolah lagi. Sahabat yang banyak membantu dan mewarnai hidup. Mengajar pelbagai erti hidup dan mengajar erti kematangan.  Sejak dari dulu, saya adalah seorang yang sangat sensitif bila dikaitkan dengan sahabat. Masa sekolah rendah, saya selalu kena marah dengan mak,, “ cah, awak ni, asyik lebihkan kawan dari adik sendiri, cube kesian kat adik tu “.. masa kecil, saya ni bila dah jumpa kawan, adik mesti dah dilupakan. Kalau ada apa-apa makanan atau gula-gula, mesti kawan lagi diutamakan. MasyaAllah, kehidupan di asrama banyak mengajar erti kehidupan, Saya pernah berterus terang dengan adik, ‘ fizah.. mintak maaf, dulu orang selalu buli awok.. hehehe,, fizah tak ingat pun sebenarnya,,, Bila di asrama saya akan sedih bila mengenangkan adik-adik di rumah. Huhuhu.. saya sayang mereka lebih dari saya sayang diri saya sendiri.

                Berbalik pada sahabat, masa tingkatan satu, ada perselisihan ngan kawan, saya menangis sedih sangat, sampai panggil mak cik datang asrama, mase tu mak cik la yang selalu ulang alik jenguk di asrama. Saya menangis teresak-esak, tapi mak cik gelak2. Dia dah faham perangai saya.. ingat lagi ayat makcik mase tu.. ‘cah ni kalau bab kawan, gini la jadinyer,’ huuu,, xpe la, dapat luah kat mak cik mase tu pun jadi la. Dah besar ni, bila anak mak cik yang sulung tahun ni tingkatan satu  nak tinggal di asrama, dia pun mula la ungkit kisah dulu-dulu tu.. adoih,, malu pun ada.

                Sifat semula jadi yang tak boleh dibuang.. Saya tak suka bergaduh, tak suka berselisih faham, tak suka bermasam muka, terutama dengan sahabat rapat saya. Sehingga la sekarang, saya akan cuba sedaya upaya untuk tak menimbulkan salah faham. Saya rela mengalah demi persahabatan. Kadang-kadang orang kata, sahabat baik akn selalu bergaduh, menunjukkan diorang ni rapat. Tapi tak dengan saya,, Saya dan yusra.. sepanjang kami bersahabat, tak ada pergaduhan. Sebagai manusia normal, tak lari dari buat kesalahan dan berselisih, baik saya mahupun yusra, namun kami lebih memilih untuk mengalah dan lupakan kesalahan yang timbul. Kami lebih memilih berbaik sangka dan menganggap perselisihan itu perkara yang remeh. Bila ada perselisihan kami memilih untuk diam dan beri masa pada diri masing2, tak lama  lpas tu, okey semula.  Kalau kami berjumpa, kami akan kongsi macam2 perkara. Banyak rahsia yang kami kongsikan. Saya dengan pendapat saya dan dia dengan pendapat dia, kami saling menerima dan tak berbalah. Saya pun banyak belajar dari yusra ni, seorang yang sangat independent, kakak sulung dari 6 yang tinggal diasrama sejak dari tahun 2, sehingga la sekarang.. Seorang yang periang dan ceria. Bayangkan masa tahun 2, mungkin ada di antara sahabat lain masih makan bersuap dengan mak, yusra dah tahu erti hidup jauh dari keluarga.

 

Terlalu ramai kalau nak dinyatakan, tak sanggup kehilang seorang pun. Namun, rindu dan kasih juga buat shakinah sukardhi, mas aqidah, kamilatul husna, saeidatul umairah, nurul faraheen, siti nurul hasikin, yusra,  antara sahabat yang pernah meminjamkan saya kasih sayang bukan sahaja dari mereka malahan ahli keluarga mereka.  Tempat menumpang  kasih ketika jauh dari keluarga sendiri.

Sahabat, tatkala diri ini leka atau hanyut, pimpinlah daku. Syukur yang tak terhingga, saya dikurniakan sahabat2 yang membawa saya bersama-sama mereka untuk berada di atas satu landasan yang lurus. Syukran jazilan, ya ukhti.. Syukran pada murobbiah yang sanagt sabar dengan mutarrabi macam saya ni. Saya rasa sangat bertuah…. Di kala teringatkan masa silam, saya kabur, namun kini, mereka membawa cahaya dalam hidup ini.  Nikmatmu tidak terhingga ya Rabb. Kasihilah sahabat2ku ya Allah.. Temukanlah kami di daerah sana dalam bahagia. Semoga semua sahabat2 akan memperoleh hidayah dariNYA dan juga memperoleh nikmat tarbiyyah. Sahabat yang menjadi tulang belakang saya kini,LALA, RARA,DADA,NANA,,, uhibbukum fillah..

Ada satu masa saya akan merasa sedih bila rasa rindu ni datang. Rindu pada sahabat2.. Adakah, sudah tidak lama masa saya di dunia ini,, ? Adakah hampir tiba masanya? sehingga Allah memberI saya peluang mengingati dan merindui sahabat2, mengenangkan mereka…Maafkan saya jika sahabat membaca entry ini, saya insan yang sangat lemah.. Dosaku menggunung Bersediakah saya untuk itu….. Mati yang pasti..

:: Sayangku yusra ::

Salam..


Rndu pd seorg shbt or teman sy ni. Sharifah Yusra Wahidah Binti Syed Abdullah.. hee.. Kenangan ngan cik sera ni mmg bnyak,, Dialah tman sy dlm klas sjak dr form4 lg,, smpai f5, kami dduk sblah mnyblah dlm klas.. Sy dan yusra bnyak berkogsi cerita mse skul dlu,, kehidupan d asrama ni bnyak mgajar sy tentang erti persahabatn.

Klau sy  xde kt skul, yusra mesti jd pndiam, mcm tu la sbleknya. saya pnh pg bentong utk  lwn debate, kwn2 ckp yusra diam sbb xde geng. Yusra plak pnh blek umah sbb kna chkenpox, hik3, sy plak jd diam. Kwn2 la yg tgor.. ” nisa tu xde modal r yusra x de”.. mcm tu la lbey krg aytnyer.. Tp kalu ktorg da bgabung, mgusik org je la kejenyer…

huuuu,, rindunya saat dulu tu. Ktorg curi2 mkn kerepek ubi mse cikgu kama tgh ajar add math,, bila cikgu pndg ppan itam je, tgn ktorg cpt2 suap krepek dlm mlut, bila cikgu pusing blik tgk ktorg, mlut pun bhnti mngunyah.. kih3,, klau cikgu tnye mase tu ntahla cmne nk jwb, lam mulut ade kepek ubi..

dlm hti ngah thn nk gelak, pas je ckgu pndg dpn smule, ktorg mule r gelak cover2, dah r dduk 2 dr dpan.. Sbnrnya mengantuk dlm klas, so wat la cmtu,heee.. yusra ni klau ngantuk dlm klas mmg klakar. ngah pgg pen, tbe2 terpejam mate n pen pun jatuh.. yusra2.. Ermm,, agk2 cikgu kama taw ke x, or dia jus wat2 mcm x nmpak. Nnt sy bkal jd cikgu gak, hmm,, agk2 dpt x student cmtu.. ;)…..

Klau pg rhat kt kantin, mkn mi sup tmbah sambal kicap double,, abes je mkn, bbir msg2 akan btambah ktebalan, kepanasan and warna kemerahan.. ha3. Pedassssss!!

Klau g bli mknn kt koop, bli roti, slalunya roti sy akan hbes dlu, da abes je, sy pun ape lg curi la sera punye.. bkan curi sbnrnyer, da jd tradisi, sape abes lmbt, die kna kongsi part tu. hehehehe,, cara nk merapatkan ukhhuwah.

Tambahan lak, lpas je, skul, ktorg dpt pegi mtrik yg same. blok yg same, aras yg same n blik selang beberape je.. mmg syokkkkk sgt ble dpt result mtrik tu. yusra ni pnakut gak orgnyer,klau nk pg tndas pagi2 , miskol sy suh tman g blik aer, heee.. sy x ksah pown, ape je lar yusra demi awk.

Setiap ptg klau xde aral or aktvti, boleh kate tiap2 hari la, ktorg mesti meluangkan mase g diner kt kafe sesame. pas je mkn, dlm kol 6 lbey, ktorg akn pusing satu kmpp mkn angin smbil mghdmkan nasi dlm perot td..

Pendek kate semuanyer sama2 la. Balek kg same2. Pnah ktorg naek bas dr mtrik nk pegi butterwoth nk blik phg, lam bas tu, ktorg je yg berdiri sbb dh x de tmpat duduk.. Ntah cmner, ngan skill pcik bas yg hbt mase membelok kt selekoh tajam, ktorg yg tgh berpaut kt tiang pun mlakukan aksi berpusing 360 degree lam bas kt tiang tgh2 bas… haha33… mcm wat show lak ktorg lam bas tu.

Apa lagi, malu x terkata la.. tp yg pliknyer org len lam bas x gelak pun kt ktorg. ktorg yg lbey2 gelak n malu., dahsat betol… mcm2 lg la..

nk dceritakan kengan manis tu mmg x abes… cmne ktorg study sesamer, outing sesamer, terawikh skali, g bazar skali.. susah sng kt mtrik tu bnyak dlalui sama2. Ingt lagi ktorg bgkus brg2 dlm kotak utk dipos blek phg.. same2 mngangkut kotak2 yg sarat buku and bju tu sampai ke pjbt pos.. bnyakkk lagi la..

Tujuan sy cerita semua ni, sbb nak dedikasikan ucapan sempena hari jadi yusra yg ke 21.. 31.01.2010.. maap la yusra, sy bru smpat nk wat sume ni skrg sbb ngan kekengan mcm2 pgram. Sy ada rmai kwn n tman yg baek2 hadir slepas zman sek n mtrik tu, namun kenangan ngan awk ni mmg x kn dlupakan la heee.. Sedih x dpt jumpe mase sy trun jb dlu, trase lg, huhuhuhuhu,

Nilai psahabatn tu bkan terletak pd kerapnya berjumpa n bnyaknya perbualan tp pd ingatn seseorg shbt tu dlm doanya… kalu awk sdih, sy pun sedih, huuu..Nak luahkan sesuatu yg x pnh diluahkan pd yusra la. Saya syggggggg awk.. 🙂 semoga awk jd insan solehah n bahgia d dunia dan akhirat…

_Kobanna_

Salam.. 🙂

Teruja kan tgk gmbar ni, btapa ramainya peserta konvensyen Pemikiran Hassan Al-Banna hjg mggu lpas. Bertempat di UNITEN, dr pg hingga ptg, sy dan akhwat2 tercinta meluangkan hjg mggu kami d sini. Rombongan bertolak, 2 buah kereta dan satu motosikal. Pada waktu pg, kami smpai di UNITEN, melhatkan sgt rmai saudara seislam, tmbul satu semangat aneh,, heee.. perasaan dan semngat yg best sgt.. semakin bertambah keyakinan.

Setelah berada hmpir seharian di sana, baru kami perasan hanya sy saja muslimat yg bermotosikal.. Ukhti yg sama2 naik moto ngan sy pun perasan.. hee. Alhamdulillah, kami smpai juga dan berpeluang merasai pengalaman yg bru wat sy ni.  

Betapa indahnya pertemuan sesama insan yg mempunyai tujuan yg seiring insyALLAH wlaupun sbnrnya, sy x knal sesiapa pun kt sana. Kecualilah shbt2 yg msg2 seronok menjejak kasih berjumpa shbt lama..Seronoknya, dua org pemudi yg bertemu dan berpisah hanya keran ALLAH s.w.t.

 Ini bru sebahagian dr mereka. Perhimpunan yg mlbatkan peserta seluruh Malaysia ini menunjukkan bahawa adanya dan rmainya insan2 yg mnyedari ttg hakikat fenomena dan konflik dunia. Wujudnya kesedaran utk mengaplikasikan pendekatan yg dibawa oleh mujaddid As syahid imam hassan Al-Banna dlm menyelesaikan permasalahan dan kemelut umat kini.

Semoga objektif konvensyen ni akn tercapai dan boleh diaplikasikan dlm negara islam kita,  Malaysia satu masa nnt, insyaALLAH..

:: CINTA ::

Mencari Cinta
www.iLuvislam.com
dihantar oleh: ana solehah

 

penyanyi: Saujana

 

Bertemu cinta Teragung

Di dalam sujudku asyik menyanjung

Umpama pengembara di malam gelita

Tahu cintaNYA menerangi jiwa.

Sekian lama terbiar

Dalam belantara hidup nan liar

Di bukit ku tersepit

Di lembah terhina

Hidup yg pedih mengajar ku mencari cinta

Ku sangka teguh kiranya masih rapuh

Ku sangka mudah namun amat payah

Ku sedar semua pasti ada akhirnya

moga akhirku diselimut cinta

cinta agungNYA

Sekian lama

Diri terlalai

Kehidupan terabai

Akhirnya aku temui kedamaian abadi

 13:28 – Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.-

kekosongan jiwa itu dtg tatkala ia kosong dgnNYA.. sy bersyukur dkurniakan tman2 yg slg mngingati. Berada di atas jln yg sama dan tujuan yg seiring.

moga kita sma2 mencari cinta yg hakiki dan abadi.. 😉

~ ukhwahfillah ~

Rase nk menulis pasal shbt2 sy yg tercinta kt ukm ni la. Syukur sbb wlaupun hdup d ukm ni agak mencbar berbandng u lain, secara kasar la, setiap org cbrannye lain kan x kira tempat pun, sy ade tman2 yg sgt baik.

Sy ada kosmate, rumet, blocmate n u-mate, hee, btol ke istlah ni. Alhamdulillah semuanyer baik2. Tapi dlm entry ni sy nk cter sal shbt karib sy yang saling mlgkapi antra stu sma lain. Pertemuan yg bnyak kebetulan la yg menemukan kami ni. ‘ NANALALASASARARADADA ‘ gelaran utk kami berlima.

Semuanya ada perwatakn yg berbeza. Nak citer sal rumateku yg chumel ni la dulu. Noor Shaidaa name diberi, kecik badan n umur. he,, sebaye je ngan adeq sy, tp kdg2 kematangannye tu mengagumkan. Peneman sy dlm blik n  kami ni slalu sharing, ape je. Pendek kate brg or hal sy juga dada punye n cmtula sebaliknyer. Bertambah unik lak, rumah kami di kg sgt dkat jd, kami ley blik kg skali. hehehe. Dada ni pun sgt independent orgnyer, mcm2 jln skitar selangor -kL n nilai pun dy pnah bw sy, syokk..  

Keduanye sy nak citer sal shbt yg name Nur Syazana Bt Mohamed latiff. Ermm, urutan penceritaan ni x bermksud thap kerapatan kami, sbb semuanye same je. Syg sy x bebelah bg, hehehe. Nana ni orgnye perhsie jgak, tp sgt optimis kot. susah nk sedih n layan perasaan dyer. Klau dye sdih or nangis tu mkneyer sedih sgt2 la tu. Lain ngan sy yg rapuh hati ni, mak kate cengeng, huhu. sbb tu la sy kna bnyak blajar dr nana ni. hee, bangge la cik nana bile bace ni.. Lagi satu nana ni la org yg slalu bw sy pg kliah wlau hakikatnyer sy yg bw dye nek moto. hee. Cmne tu. Sbnarnyer sy bnyak sgt klmahn, berkat kasih ILAHI, DIA kurniakan sy shbt yg mlengkapi sy. sy sgt susah nk ingt jln even pusanika n fssk yg dkt tu. Jln mane yg dkat n sng nk lalu sume dye hafal. Syukur… klau sy sorg2 mmg akn sesat. huu. tq la nana. Tp ktorgnyer kesukaan bnyak yg berbeza, nana suke kicap masin, sy suke kicap manis, sy suke warna warni, nana x suke bnyak warne. hee, tp sy berjaya pengaruh nana beli cadar warna warni yg chumel sgt. hee pdan ngan skin laptop sy. Ada pluang nnt sy uploadkan gmbarnyer.

Next, Zaila Binti Md Hairin a.k.a lala. Lala ni sbnarnyer tue sthun dr kami, hee, tp slalu x ngaku n x bg ktorg pggil akak, geli katenyer. Cikgu Pendidikan khas yg sgt prihatin n penyayang. Suke membebel juga, hee,, kedue lpas nana. Sy la antara yg slalu kna bebel,

” sasa, bw moto jgn laju2″, ” sasa, mkn megi jgn mkn kuahnyer”, ” sasa, kunci blik nk kuar wlaupun skejap” , blabalbla, nk tlis sume mmg x abes mlm ni. Kakak yg baik lala ni. hehe. Kdg2 pemalu n pndiam ble jumpe org yg bru knal. hmm, hakikatnye x la malu pun ble dh tol2 knal, hee. Rase selamat n dsygi la d smping cik lala ni. Akak slim ni sgt concern bab mkn, x pnh tggal mknnyer, x taw la mknn tu ltak kt mane lm perot tu, perut kenet je.hee. Klau nk dgr citer2 ttg pnglaman dak2 khas tnye la lala.

Berkesinambungan ngan cter lala ni, nk cter sal shbt tersygku yg lg sorg, Nur Farahlia Bt Badron. Seorg yg sgt pemurah n kdg2 sgt degil, hehe. Sy bnyak bljar ttg akhlak n pshbatn nagn rara ni. Seorg yg hepy go lucky n kdg2 penyedih gak, mcm sy. hee. Shbt yg slalu bg nasihat n kata2 hikmah. Kami dh bnyk kli g jln umah rara ni, kt Jb. Syokk.. g mcm2 tmpt, g danga bay nek beca, g shoping, g airpot skudai, dpt gak tgk baby humaira yg sgt chumel tu. Rara ni selaku exco kerohanian la antara kami ni. Rara gak la yg memperknalkan mcm2 jnis novel kt sy. Hobi ktorg sama, suke bace novel yg bg pngajaran, ttg khidupan. Rara ni pun pnyayang orgnyer.  Kdg2 je degil, kna pakse suh mkn. hee. Rara n Lala ni satu bilik, dah 3 sem blik kami ni dkt2. sem 3 n 4, dpt blik sblah2, sng la nk beraktvti sesamer. Cikgu fizik ni sgt suka bersukan n aktvti lasak. Luaran nmpak gnas, tp dlmannyer rapuh n halus.