Archive for the ‘my life’ Category

~ Hijrahku ~

01.10.2010.. tarikh yang bersejarah buat hati dan iman ku,, selesai program mabit wehdah, hati dan akal ku ligat memikirkan apa yg telah aku lakukan sepanjang usia ku hingga ke hari ini. Banyak perkara yang telah aku abaikan dan tidak sedari serta salah faham.

Tak kurang juga, kenangan pahit dan manis sepanjang hidup datang menjengah. Muncul wajah ahli keluarga tercinta, sanak saudara dan sahabat yang tersayang. Hati mulai sebak. Apa yang telah aku lakukan pada  mereka,,, hanya sekadar ungkapan sayang tanpa bukti yang hakiki. Aku mengaku menyayangi mereka tapi aku jarang mnegur keslahan mereka, aku tidak menunjukkan teladan yang baik, tidak mengajak mereka bersama mnegingatiNYA dan hari akhirNYA. Aku jarang berdoa agar mereka dikurniakan hidayah dan petunjuk. Aku turut membiarkan mereka melakukan perkara lagha.Aku Membiarkan mereka hanyut dengan idola-idola barat serta artis mereka.  Aku membiarkan mereka jauh dengan kitabMU. Aku memandang mudah disaat mereka tidak memelihara aurat mereka. Ya Allah, betapa zalim dan kejamnya aku. Ampunkan hambamu ini.

Tatkala iman mengingatkan tentnag saat kematian, naluri bergetar dan rasa takut hingga rasa terawang awang dalam tangisan. Aku adalah seorang yang takut untuk bersendirian, selalu berteman walau kemana jua. Tatkala teringat mati nanti, aku akan sendirian, barada di lubang sempit bersama cacing. Disoal pula oleh malaikat yang taat kepadaNYA itu. Aku di dunia sangat takut jika disoal oleh guru, apatah lagi dimarahi ibubapa dan guru. Apa akan terjadi pada ku di saat itu, aku sendirian, disoal pula oleh malaikat. Apa yang aku akan jawab? di mana aku hendak meminta pertolongan? Apa alasan yang boleh aku berikan untuk segala dosa yang telah aku lakukan.

Aku di dunia sangat lemah. Takut akan sakit dan luka. Ngeri akan kemlangan dan pembedahan. Apa akan terjadi di dalam kelak jika aku tidak dapat menjawab soalan mungkar dan nakir. Ular besar akan membelit sehingga patah tulang temulang. Ya Allah. aku rasa sungguh takut… air mata tidak dapt dibendung lagi.

Kemudian, berlegar pula di minda kenangan-kenangan manisku bersama ahli keluarga ku. Gurau tawa kami di masa gembira. Tangis kami bersama di saat susah. Wajah ibu ayah dan adik bermain di minda. Bagaimana mereka kelak. Di dunia, aku akan menagis dan bersimpati jika salah sorang mereka disakiti. Di sana kelak, bagaimana??? jika aku tidak membawa mereka mengingatimu dan mendoak mereka dengan bersungguh-sungguh, bagaimana nasib mereka nanti? Ya Allah, tika ini, aku rasa semakin takut. Menggeletar tanganku.

Silih berganti wajah sahabat-sahabatku, susah senang mengharungi dunia menuntut ilmu bersama. Kenangan manis kami bersama. gelak tangis dan jatuh bangun kami bersama. Di dunia, aku sanagt takut jika kehilangan sahabat, aku juga risau jika mereka tidak sihat atau sakit, aku seronok meluangkan masa bersama mereka. Di sana kelak, apa nasib mereka? Apa yang boleh aku bantu tika itu? jika aku tidak menegur kesalahan mereka sekarang, aku akan rasa bersalah sehingga bila-bila.

Kepala rasa berat, mengingatkan diri dan orang lain, namun hati semakin lapang. Seolah-olah ada kekuatan yang tiba-tiba datang. Memujuk diri untuk berbuat dan terus berusaha. Usaha menyelamatkan diri dan orang lain. Semangat berkobar-kobar. Terus ku lupakan cita-cita duniawi yang palsu. kehidupan yang abadi hanya di sana. Aku perlu mengorak langkah mulai sekarang. Memperbetulkan diri dan orang lain.

Ya Allah, berikan daku kekuatan, janganlah diputuskan denyutan nadi dakwah dlam diriku hingga bercerai jasad dan ruh ku. Aku bersyukur menjadi insan terpilih dan tika ini,aku perlu kekuatan itu. Aku mohonn padamu, jika satu masa aku jatuh dan tersungkur di jalan ini, bantulah aku untuk bangun ya Allah. Aku pinta padamu, kurniakan daku pendamping hidup yang sefikrah dan boleh bersamaku di jalanMU ini ya Allah, mencetak generasi yang soleh dan solehah. Semuanya hanya demi redhaMU ilahi. amin,,,

Advertisements

-TUNANG KU-

Betapa aku melihat jodoh orang di sekelilingku sampai.

TUNANGan mereka memang setia menanti.

Menepati janji setia, tidak terlewat walau sesaat,

Bilakah tibanya saat aku pula……

sesungguhnya aku rasa ia juga semakin hampir denganku sebagaimana satu persatu manusia di sekelilingku pergi dengan jodoh mereka.

Semoga aku terus bersedia dan sentiasa bertaubat..

aminn,,

~ setiap manusia itu bila lahirnya telah ditunangkan dengan jodoh masing-masing, namun tempoh masa sebelum jodoh atau maut itu benar-benar tiba hanya DIA yang mengetahui. Ingatlah, ia sangat hampir. ~

pulang ke kampung memberi semangat pada makcik dan adik2 ku, muhammad iqbal izat, nur izzatul husna, nur izzatul huda, muhammad iqbal irsyad.

~adam hawa~

Untukmu Adam dan Hawa
http://www.iluvislam.com
Dihantar oleh:
Muslimah single93

Editor: Nor Adrenaline

Adam…

Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,

Gagah perkasa seperti Badang,

Kau gunakan Hawa sebagai umpan,

Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

 

Hawa…

Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,

Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,

Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,

Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

 

Adam…

Kadangkala kekacakan yang ada padamu,

Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,

Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,

Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

 

Hawa…

Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,

Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,

Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,

Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

 

Adam…

Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,

Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,

Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,

Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

 

Hawa…

Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,

Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,

Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,

Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

 

Adam…

Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,

Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,

Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,

Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

 

 

Hawa…

Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,

Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,

Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,

Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

 

Oleh itu Adam…

Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,

Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,

Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,

Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

 

Adam…

Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,

Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,

Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,

Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

 

Begitu juga Hawa…

Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,

Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,

Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,

Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

 

Hawa…

Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,

Namun…itu bukanlah yang Adam harapkan,

Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,

Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.

 

:: sabar :) ::

Wahai diri,, kuatlah kamu…

Tika ini hanya DIA dan IMAN,

Pendorong mu untuk terus berbuat,

Wahai diri,, tabahlah kamu..

 

Mengharungi dugaan dan duri,

JanjiNYA itu pasti,

Wahai diri,, sabarlah kamu..

Syurga itu dipagari jalan-jalan sukar..

Memerlukan pengorbanan dan titisan air mata..

Wahai dunia,

 ladang untuk akhiratku,

berbuahlah ihsan dan taqwa,

untuk kupersembahkan kelak,

hanya pada yang ESA.

 

 

~ Jika…. Betapa… ~

Jika kita tahu,, bahawa betapa sementara dunia ini..

Yang selalu membuatkan kita leka dan lena

Jika kita tahu betapa liciknya syaitan itu..

Yang membuatkan kita ragu dan bermalasan

Jika kita tahu betapa indahnya syurga itu..

Yang langsung tidak terbayang  dek pikiran lemah manusia

Jika kita tahu betapa benarnya janjiNYA..

Sakaratulmaut, tiupan sangkakala, mahsyar,  titisan mizan.. tiada yang dusta

Jika kita tahu betapa pedih azabnya..

Akan menngeletar kaki melangkah ke jalan maksiat

Jika kita tahu betapa indahnya islam..

Nescaya hidup harmoni.. hanya bersandar pada DIA

Ya  Tuhan.. ini jalanku pulang,,

kuatkan kami sebagaimana kuatnya khalifah terdahulu

 membela agama demi hari ini hingga hari akhir kelak,,

kami di sini untuk hari esok dan yang insan terkemudian..

.. Dua sahabat itu ..

                Jam 9 mlm hari jumaat perjalanan dua orang hamba Allah yang dalam hatinya insyaAllah semata-mata demiNYA, demi agamaNYA. Meredah kegelapan malam menunggu bas di depan kolej rahim kajai. Kemudian bas pun sampai dan membawa mereka ke stesen komuter, perjalanan ke hentian Pudu pada malam itu berjalan lancar sehinggalah mereka membeli tiket untuk ke Kuantan.

                Setibanya di terminal Makmur Kuantan, pada jam 3 setengah pagi, mereka menumpang melelapkan mata seketika di surau di atas terminal. Tidur pendek yang nyenyak mampu memberi tenaga untuk mereka bangun di pagi hari, menunaikan kewajipan kepadaNYA dan berjemaah dengan penumpang lain yang turut ada di surau. Indahnya islam, saudaranya itu tidak dikira berdasarkan pangkat dan rupa, cukuplah sekadar berada di dalam satu landasan akidah yang satu. Mereka berkenalan dengan sahabatbaru.

                Setelah itu, perjalanan mereka diteruskan seawal jam  6.45 pagi, mencari mana-mana mesin atm yang boleh membantu mereka mengeluarkan wang simpanan. Kemudian itu, mereka berjalan menuju perhentian bas yang bakal membawa mereka ke gambang. Sambil menunggu bas, dan membaca ma`thurat, datang seorang mak cik tua yang mungkin sudah berpangkat nenek mereka kira, nenek tua yang sedikit bongkok membawa barangan dapur, mungkin baru pulang dari pasar, datang mendekati dan bertanya dengan ramah. Sesudah itu, mak cik tua bercerita tentang keluarganya. Tanpa mengenali mereka dengan lebih dekat, mak cik tua itu dengan senang hati menceritakan segalanya tanpa dipinta. Alangkah sedih dan simpati mendengar ceritanya. Realiti yang boleh didapati dengan mudah dalam akhbar atau majalah, namun pagi itu, mereka mendengarnya secara life. Akibat ketandusan iman..

                `Mak cik ada anak, dah besar semuanya, semua tinggal dengan mak cik, ada yang sudah bercerai, jadi tinggal dengan mak cik dengan anak-anaknya. Mak cik tua pun bercerita tentang cucunya, yang baru melepasi alam persekolahan, berkawan dengan seorang kawan perempuan yang juga dikenali mak cik itu, pada suatu hari, sang nenek atau mak cik ini, terlihat kan perut si gadis. Maka terbongkarlah segalanya. Mak cik tersebut menceritakan lagi pelbagai kejadian sehinggalah bayi tersebut lahir, tanpa satu perkahwinan yang sah. Ketika ini, satu perasaan aneh menyelinap ke dalam diri sang sahabat, alangkah kasihannya….

                 Bayi itu tidak berbapa, ibunya masih bersekolah. Pada awalnya, bayi itu hendak diserahkan pada pasangan yang tinggal di Kuala Lumpur dengan bayaran yang tertentu, namun akhirnya dituntut oleh keluarga sang bapa untuk dijaga meskipun dalam serba kekurangan. Bayi perempuan itu ketika kisah kini diceritakan oleh mak cik tadi, sudahpun berusia dua tahun setengah, betapa mak cik itu mengingati kejadian itu dan sanggup menceritakan kepada dua orang sahabat itu tadi. Bukan itu sahaja, pelbagai lagi ranjau kehidupan dan kisah hidup yang diceritakan. Sukarnya hidup mereka..

                Dalam hati dua sahabat itu, berlalu monolog doa memohon supaya Allah memelihara keluarga Mak cik itu. Semoga dewasanya kelak anak kecil itu membawa sinar kepada keluarga mereka. Semoga Allah mengurniakan kepada mereka petunjuk untuk berubah dan memahami islam dengan sebenar. Kasihanilah mereka…  Pada akhir penceritaan mak cik itu tadi, beliau berpesan pada sepasang sahabat kerana Allah itu tadi untuk menjaga diri dan tidak menjadi seperti cucunya itu tadi. Pesan seorang ibu kepada anak perempuannya..

                Dua orang sahabzt itu termenung menghadam kisah benar itu, mencari ibrah dalam pemikiran masing-masing dan berdoa memohon pengampunan dan memanjatkan syukur kerana tidak terjebak. Wahai sahabat, betapa besar dosa zina itu,, maka janganlah kita sedikitpun menghampiri bunga-bunga zina.

                 Bunga-bunga zina yang telah dijadikan indah dihias rapi oleh syaitan untuk menyesatkan cucu cicit adam. Tatkala seorang hawa atau adam yang menghampiri zina itu, berdekah dekah syaitan ketawa keriangan, mendapat teman baru di neraka kelak. Nauzubillah, sahabat, jauhilah couple, keluar berduaan, kata-kata rindu yang bisa menggelapkan hati melalaikan diri. Jagalah aurat, pergaulan dan percakapan. Sesungguhnya, wanita yang baik itu, namanya tidak diperkatakan oleh golongan sang lelaki, dan tidak bermain juga di bibirnya nama-nama lelaki yang bukah muhrimnya.

                 Wahai sahabat, tidak cukup lagikah bukti yang kita boleh lihat, belum tiba kah masa untuk kita bertaubat…. Belum lagikah masa untuk kita meninggalkan apa yang dilarang itu. mahukah perkara yang sama berlaku pada kita dan keturunan kita Kelak Hisab untuk mereka yang tahu tapi masih berbuat itu lagi pedih azabnya. Tidak terjangkau akal. Nauzubillah..

               

                Sambil berfikir itu, mata melilau mencari bas, Pada hemat mereka bas akan bertolak pada jam 8.00 pagi. Namun setelah lama menunggu, bas tidak juga kunjung tiba. Salah seorang dari mereka, yang lebih arif dan senior  itu pergi bertanyakan pak cik drebar yang juga turut menunggu bas yang tidak lagi tiba pada jam 8.30 pagi. Seorang lagi sahabat, menghabiskan masa membaca ma`thurat sambil memerhati kelibat manusia lain di sekitar. Rupa-rupanya, bas pancit dan akan sampai lewat dari waktunya. Dua orang sahabat yang berniat untuk berziarah di UMP Gambang dan telah berjanji untuk berjumpa jam 10 pagi sudah gelisah, bimbang jika terlambat dan membuatkan sahabat d sana lama menunggu. Akhirnya, datang bas ke Jengka dan bas tersebut melalui UMP. Maka naiklah sahabat itu ke dalam bas. Diduga dengan satu dugaan apabila keduanya terlepas simpang ke UMP, terlajak sehingga ke Kolej Matrikulasi Pahang.

Namun apabila bertanya kepada penumpang lain, mereka boleh mendapatkan bas lain di sebelah jalan sana untuk berpatah balik. Mereka pun turun di sebuah kampung yang berada di kawasan lepar. Menunggu bas yang akan menghala ke Gambang semula sambil sahabat itu mengisi masa dengan membaca alQuran dan buku. Akhirnya bas yang dinanti pun tiba kira-kira jam 10.30 pg, bertolak lah ke gambang dengan penuh rasa lega dan syukur kepadaNYA. Setibanya di simpang Gambang sang sahabat pun meneruskan perjalanan berjalan kaki pula untuk ke dalam UMP. Syukur pada ilahi kerana cuaca mendung ekoran hujan pada pagi itu menyebabkan perjalanan tidak sesukar berjalan ketika terik matahari yang panas.

                Maka bertaut lah kembali kasih antara sahabat dari jauh tadi dengan sang sahabat di UMP. Selepas solat dhuha, mereka berbincang dan bertanya khabar membentuk sebuah keluarga dengan jalinan islam. Pada jam 2.00 petang dua sahabat itu bertolak menunggu bas untuk keluar dari UMP semula dan pulang dengan penuh kenangan dan pengajaran. Tarbiah dari Ilahi.. Tiba di terminal kira-kira jam 3.15 petang Solat jamak berjemaah dilakukan di terminal makmur, mereka mengambil kesempatan berdoa panjang dan menghabiskan bacaan ma`thurat petang itu sambil menunggu bas pada jam 4.30. Perjalanan dari terminal makmur ke pudu mengambil masa kira-kira 4 jam.

                Setibanya di pudu, suasana yang lebih hidup dapat disaksikan, ragam manusia yang aktif mencari rezeki di selangi hiruk pikuk manusia yang rata-rata menonton bola di kaki lima jalan. Wahai tuhan, jika mereka ini, pemuda pemudi islam yang dilihat itu dilatih dan ditarbiah, masing2 akan mempunyai semangat jihad seperti Zaid yang mohon pergi berperang pada usia 13 thn. Maka akan gahlah islam di mata dunia. Berikanlah mereka itu petunjuk dan hidayah.

                Sahabat mengakhiri perjalanan mereka pada jam 10.30 malam di UKM dan ditutup dengan solat dan bacaan Alquran sebelum mati yang sementara itu datang menjengah. Tidur untuk membina tenaga untuk keesokkan hari. Kata-kata akhir seorang sahabat kepada sahabatnya, ‘terima kasih kerana turut menemani dalam perjalanan yang sangat bermakna’. Sahabat yang lagi seorang, dalam hatinya, pengalaman lebih lagi berharga buatnya, dalam jalan yang penuh ranjau dan dugaan.  Semoga allah memberkati sepasang sahabat yang bertemu dan berpisah keranaNYA ini. Allahuakbbar!!

Berikut adalah kisah benar (2.4.2010-3.4.2010 ) yang berlaku telah ditakdirkan dialami oleh dua hamba Allah yang sangat dikasihi Allah sehingga memilih mereka untuk tarbiah itu. Semoga kita mengambil pengajaran dari kisah ini. Astagfirullah…..

 

~Hamba berlagak Raja ~

Hamba berlagak raja.

Saya nak kongsikan satu analogi yang telah diadaptasi ilham dr program terbaru IGT.. sgt membuka mata dan mnyedarkan diri tentang betapa hambanya saya dan juga kita pada DIA.. tak tertahan sedihnya bila mengenangkan dosa-dosa yang telah dilakukan… Astaghfirullah…

Cuba kita bayangkan, situasi Seorang hamba pada seorang tuan. Tuannya itu sangat kasih pada hambanya yang hina itu, tuannya mengurniakan macam2 jenis dan seribu satu kelebihan dan upah sebaga hambanya.

Sebagai seorang majikan, tuannya menyuruh hambanya itu beberapa suruhan yang tidak berat baginya malahan bermanfaat pula bagi dia. Tuannya tidak melarang hambanya untuk melakukan apa yang dia sukai selagi tidak memudaratkan dirinya dan orang lain. Jika hambanya sedih atau ditimpa musibah, tuannya itulah yang menjadi tempat utama dia mengadu, meminta pertolongan. Sama sekali tidak pernah tuannya itu menyakiti hambanya itu malah memberikan tarbiah kepada hambanya itu supaya hamba itu tabah dalam hidupnya … kemudian sesudah itu memberikan ganjaran pula kepada hambanya..

Betapa bahagianya hidup sang hamba itu,, berebut-rebut hamba lain yang cerdas pemikirannya untuk memohon mengabdikan diri kepada sang tuan itu, namun ada juga segelintir golongan hamba yang buta hatinya,, lari meninggalkan tuan yang sebaik itu.

Begitulah juga jika dikaitkan dengan hidup kita ini, selaku hamba yang hina lagi lemah dan tak berdaya, mengharapkan limpahan nikmat dan rahmat dariNYA… Tuhan yang Maha Esa.. Subhanaalah, betapa besarnya kasih dan sayang dia pada kita, mengurniakan pelbagai nikmat yang infiniti,

Namun cuba bila difikirkan balik, sejauh mana kita mensyukuri nikmatNYA itu. Betapa hinanya diri ini wahai ya Rabbi.. Apa yang telah kita lakukan selaku hamba yang mendakwa diri bersyukur padaNYA. Tapi pada masa yang sama maksiat dan dosa-doa yang dilakukan juga menggunung. Inilah yang dimaksudkan dengan hamba yang berlagak raja.

Bila direnungi… terbayanglah saat di mana diri ini leka dan lalai. Liat dalam melakukan suruhannya, berseronok dan berhibur  tanpa memikirkan faedahnya,  pergaulan dan aurat yang tidak terjaga batasnya.. Kelak bila ditanya di akhirat kelak tentang apa yang diri ini lakukan sepanjang masa hidupnya dan apa yang telah diri ini berbuat pada masa mudanya?? Apakan jawapan yang bakal saya berikan.. Takut menyelubungi diri, memikirkan azabNYA.. Menyesal ketika itu memang tiada cebis pun faedahnya.

Mahukah kita menjadi hamba yang berlagak raja itu, melenting apabila ditegur kesalahannya dengan alsan tidak mahu pada perubahan yang lebih baik kerana tidak mahu menjadi hipokrit, apakah makna tidak hipokrit pada seorang  hamba yang hina ini?? Adakah bangga dengan menjadi diri sendiri yang terang  terangan melakukan dosa tanpa segan silu…. , bermalasan dalam beribadat, merasakan dirinya berkuasa  dan kaya .. Lupa akan tanggungjawab yang lebih utama…. Nauzubillah.. Jauhkan kami dari sifat mazmumah itu ya Rabb. Bukakanlah hati kami, berikanlah kami petunjuk dan hidayah.. Aaaamin.. Muhasabah utuk diri yang lemah ini, diri yang seringkali kalah dengan hawa nafsu dan bisikan syaitan.