Archive for the ‘ilmu’ Category

~cita-cita dan islam..~

Hidup…

Apa pengertian hidup bg anda?

Dahulu, masa saya remaja dan kanak-kanak, pengertian hidup saya begini…

Saya hidup untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai cita-cita. Mengikut fikiran sesingkat usia itu, jika berjaya dalam peperiksaan, saya akan mudah dapat pekerjaan, kemudian bantu keluarga, Bantu bagaimana? Jika dapat gaji yang besar akan dapat beli rumah besar dan cantik.. kereta besar.. Makan sedap.. boleh beli pakaian yang cantik.. boleh melancong.. dan banyak lagi, semuanya berupa keindahan dunia dan seronok. Itulah pendorong

Syukur kerana dengan pertambahan usia,  dengan tarbiah yang telah saya dpat, saya mula berfikiran luas. Cita-cita pun bertukar. Satu kewajipan mula tertanam. Satu kesedaran mula timbul. Tiada kata yang dapat saya ungkapkan tika nikmat berlapang dada dengan harta dunia ini dapat dirasai. Putus asa dapat diatasi. Tawakal dan doa juga semakin bertmbah. Saya mulai sedar bahawa semua yang diimpikan tadi hanya harta palsu dan tipu semata-mata.

Tiada nilai bahagia dalam semua itu. Tiada roh ketenangan jika berjaya memperolehi semua itu. Cita-cita saya sekarang ialah ingin menjadi salah seorang yang berusaha memegang dunia. Semoga dunia dan seisinya  kelak berada dalam fikrah islami yang sebenar. Semoga dunia akan dimonopoli oleh kuasa islam. Untuk itu saya perlu menuntut ilmu dan mencapai cita-cita kecil saya untuk menjadi guru dan mencari nafkah yang halal. Seterusnya , menjamin kelangsungan untuk mencapai cita-cita utama saya.

Berkata tentang islam. Mari kita fikir dan renungi apakah nilai islam yang ada dalam diri kita. Adakah dia akan dikatakan islam jika hanya menunaikan solat, atau hanya berpakaian menutup aurat atau membaca alquran, atau sekadar nama yang mempunyai sambungan bin atau binti di tengah? Di manakah kita?

Cuba bayangkan pula dalam fikiran kita seorang muslim/muslimah yang kata-katanya terjaga. Hubungan dengan muhrim nya terjaga, auratnya juga terpelihara dengan mengikut syariat yang sebenar, lidahnya sering dilihat mengalunkan ayat suci Alquran, solatnya juga di awal waktu. Menunaikan zakat, menunaikan haji. Berakhlak mulia dan wajahnya tenang. Menghadiri usrah setiap minggu dan memperbaiki diri dari masa ke semasa. Pada masa yang sama kerjayanya juga hebat. Mungkin guru, doctor, atau jurutera. Okeh, selepas membayangkan semuanya, cuba fikir apa tafsiran kita pada dia. Mesti terdetik di dalam fikiran, Wah,, alimnya dia… waraknya dia…. Betul kan.

Wahai diri dan sahabat, sesungguhnya nilai-nilai islam telah semakin lama semakin menipis. Disebabkan itulah kita berfikiran begitu. Mungkin sahabat tertanya kenapa saya kata begitu. Manusia pada zaman ini lebih terpengaruh dengan nilai-nilai kehidupan orang bukan islam.

Saya menyatakan orang bukan islam dan bukan mengatakan orang barat kerana di barat juga ada komuniti islam.  YA, kita secara tidak sedar telah menanam nilai-nilai tersebut sejak dari kecil. Ibu bapa secara bergenerasinya melihat kejayaan sebagai kekayaan dan kemewahan wang dan harta benda.

Sesungguhnya orang yang kita bayangkan tadi adalah orang islam yang mengamalkan islam dengan hanya seminimanya. Islam hanya untuk dirinya. Beliau mematuhi perintah Allah meninggalkan larangan dan beramal hanya untuk dirinya. Menyedari hakikat penyerahan diri yang sebenar kepada Tuhannya. Tetapi belum untuk orang lain. Beliau tidak menyampaikan dan mengajak serta melakukan pengorbanan yang lebih besar. Maka jika ada nilai tambah itu, akan bertambah darjatnya. Ini tidak bermakna beliau perlu hidup miskin dan mundur, tiadak ada cita-cita kerana islam sendiri menggalakan umatnya mencari ilmu dan nafkah yang halal.

Jadi, jika dibukakan lagi mata kita, berapakah sebenarnya bilangan umat ~islam~ yang ada di Negara kita. Yang mengamalkan islam dengan seminimanya. Dimana kita? Islamkah kita dengan makna islam yang sebenar.???? Soalan yang membuatkan saya juga bermuhasabah. Jika manusia yang serupa itu dikatakan mengamalkan islam dengan minima, bagaimana dengan yang terang-terangan melakukan maksiat, mendedahkan aurat, berpakaian seksi dan ketat, Alquran hanya hiasan di rumah, malu diajak usrah, tidurnya panjang,,,,,,

saya tidak sesekali mengutuk atau menyalahkan mereka, tetapi menyalahkan diri sendiri, berapa banyak langkah yang telah saya ambil untuk membantu mereka. Membantu untuk mengeluarkan mereka dari generasi yang melihat kejayaan dari sudut yang paling sempit.

Ketahuilah bahawa, secara tersiratnya, kafir itu telah mula mencapai titik-titik kejayaan di atas propaganda mereka. FOOD, SEX, SHELTER…

Berbalik pada Impian saya tadi. Ingin berusaha untuk kaya dan boleh makan dengan sedap. Sex, hubungan lelaki dan perempuan, umat islam kini, mencari pelbagai jalan untuk kelihatan cantik, mendedahkan yang tidak patut, berbelanja demi kecantikkan. Dengan alasan supaya ada yang terpikat dan mencari pasangan hidup. Bukankah jodoh itu telah azali lagi ditetapkan.?? Malah mencarinya juga telah ditetapkan dalam syariat islam.??? Memikirkan bagaimana lagi cara untuk cantik.. Tudung yang bagaimana supaya dia kelihatan menggoda, ketat yang bagaimana supaya pandanga mata kan memujinya cantik, mekap yang bagaimana supaya dia menyerlah, kurus yang bagaimana supaya boleh kelihtan cantik. Jika ditafsir dengan ayat mudah, wanita berusaha untuk cantik untuk lelaki yang bukan muhrimnya serta juga golongan lelaki yang bergaya untuk menarik perhatian wanita bukan muhrim. Inilah pengertian sex yang halus yang ada dalam islam sekarang. SHELTER, semua manusia berlumba untuk mencari harta agar rumahnya boleh dihias seperti mahligai. Berusaha untuk mencantikan fizikal rumah sehingga lupa mencantikkan dan mencorak akhlak ahli rumah. Nilai ahli rumah tu sebenarya jauh berganda-ganda lebih mahal dari mahligai bertatah berlian jika dia mengamalkan islam yang sebenar.

Marilah kita sama-sama sedar akan hakikat ini dan terus berusaha untuk mengubah diri dan manusia sekeliling. Mari kita menghayati pengertian syahadah yang sebenar… Wallahuallam.

Advertisements

INGAT atau TAKUT !!!!

 

 

Apakah perkara yang paling kita takuti ? jawapan saya sejak dr kecik lagi, saya takut mati. Memandangkan ustazah selalu menceritakan tentnag azab jika tidak solat. seram dan sangat menakutkan.  Alhamdulillah, melalui sedikit pembacaan dan perkongsian bersama sahabat, saya dapat menukar persepsi takut mati kepada ingat mati…

 

                Mati itu sendiri adalah bukan penghujung, tapi perubahan fasa, dari fasa dunia kepada alam barzakh, alam di mana makhluk yang bernama manusia itu tetap di sana selepas mati sehingga kiamat berlaku dan semuanya dibangkitkan semula. Terlanjur berkata tentang barzakh, ingin saya kongsikan atau mari saling mengulangkaji tentangnya, di sini lah manusia akan melihat destinasinya kelak, samada taman-taman syurga atau lubang-lubang neraka.

 

Tempat atau alam di mana manusia itu sudah tidak berpeluang untuk beralasan di saat berhadapan dengan mungkar dan nakir. Tiada lagi peneman, sahabat handai mahupun ibu bapa. Selepas seseorang itu mati, sahabat dan kaum keluarga akan bersedih seketika dgn pemergian, namun tidak mengubah hakikat bahawa selepas itu, tinggallah kita di alam baru itu sendiri. Batapa keras dan dahsyat azab di dalam kubur, hamba Allah yang banyak amalan buruknya akan melihat lubang-lubang neraka, maka akan terbalik mata hitamnya ke belakang, nauzubillah.. melihatnya pun sudah satu azab yang pedih, apatah lagi tingggal di dalamnya. Sebaliknya pula bagi hamaba yang banyak amalan solehnya, roh nya akan berterbangan seperti burung-burung dan  bertenggek di pepohon syurga..  

 

Wahai diri, sedarlah kamu, apakah jalan yang aka kamu pilih…..???? Sesungguhnya orang yang telah diberi peringatan tetapi tidak beramal dengannya adalah orang yang rugi. Seperti mana orang yang berada di saat sakaratul maut meminta pada malaikat maut menangguh saat kematiannya untuk hidup lagi di dunia, baru hendak beramal.

 

Mari kita sama-sama menginsafkan diri, mengutamakan akhirat lebih dari dunia. Mari menjadi orang yang pandai. Indicatornya bukan setakat mendapat 4 flat dalam peperiksaan tetapi, orang yang paling pandai ialah orang yang selalu mengingati MATI. Jika dibandingkan jangka masa di dunia berbanding kehidupan di akhirat yang selama-lamanya, pecahannya amat amat amat amat amat kecil. Mari kita selesaikan soal aurat, soal ibadah, soal ikhtilat, soal dakwah dan soal hati supaya tidak kerugian…

 

Takut mati menyebabkan seseorang itu tidak berusaha bersedia ke arahnya, perasaan takut meyebabkan mereka lalai.. “ jika asyik pikir mati bila nak maju” ungkapan bagi  manusia yang takut mati,,,, berlainan bagi yang ingat mati, seseorang itu akan sentiasa menyediakan dirinya tidak bertangguh dan lalai kerana mereka tahu mati itu bila-bila sahaja. Wallahualam. Untuk tambahan mari kita baca lebih lagi tentang mati, sakaratul maut dan kiamat, bukakan hati menerima hikmah, aminnn.

 

Kata-kata imam al-Ghazali “ carilah hatimu di tiga tempat…. Carilah hatimu ketika bangun membaca AlQuran, jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika solat, jika tidak kau temui juga, carilah hatimu  ketika  duduk bertafakur mengingati mati. Jika tidak kau temui juga maka berdoalah kepada ALLAh, pinta hati yang baru, kerana pada hakikatnya ketika itu kau tiada mempunyai hati.

:: Ramadhan ::

Kelebihan-Kelebihan Solat Sunat Tarawih Dalam Bulan Ramadhan.

Malam Pertama:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam Ke 2:
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam Ke 3:
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy’ supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam Ke 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam Ke 5:
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam Ke 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam Ke 7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi’raun dan Hamman.

Malam Ke 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam Ke 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.

Malam Ke 10:
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam Ke 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam Ke 12:
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam Ke 13:
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam Ke 14:
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam Ke 15:
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.

Malam Ke 16:
Allahsubhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam Ke 17:
Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam Ke 18:
Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam Ke 19:
Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam Ke 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam Ke 21:
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam Ke 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam Ke 23:
Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam Ke 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam Ke 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam Ke 26:
Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam Ke 27:
Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam Ke 28:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam Ke 29:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam Ke 30:
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar”.