Archive for October, 2010

~cita-cita dan islam..~

Hidup…

Apa pengertian hidup bg anda?

Dahulu, masa saya remaja dan kanak-kanak, pengertian hidup saya begini…

Saya hidup untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai cita-cita. Mengikut fikiran sesingkat usia itu, jika berjaya dalam peperiksaan, saya akan mudah dapat pekerjaan, kemudian bantu keluarga, Bantu bagaimana? Jika dapat gaji yang besar akan dapat beli rumah besar dan cantik.. kereta besar.. Makan sedap.. boleh beli pakaian yang cantik.. boleh melancong.. dan banyak lagi, semuanya berupa keindahan dunia dan seronok. Itulah pendorong

Syukur kerana dengan pertambahan usia,  dengan tarbiah yang telah saya dpat, saya mula berfikiran luas. Cita-cita pun bertukar. Satu kewajipan mula tertanam. Satu kesedaran mula timbul. Tiada kata yang dapat saya ungkapkan tika nikmat berlapang dada dengan harta dunia ini dapat dirasai. Putus asa dapat diatasi. Tawakal dan doa juga semakin bertmbah. Saya mulai sedar bahawa semua yang diimpikan tadi hanya harta palsu dan tipu semata-mata.

Tiada nilai bahagia dalam semua itu. Tiada roh ketenangan jika berjaya memperolehi semua itu. Cita-cita saya sekarang ialah ingin menjadi salah seorang yang berusaha memegang dunia. Semoga dunia dan seisinya  kelak berada dalam fikrah islami yang sebenar. Semoga dunia akan dimonopoli oleh kuasa islam. Untuk itu saya perlu menuntut ilmu dan mencapai cita-cita kecil saya untuk menjadi guru dan mencari nafkah yang halal. Seterusnya , menjamin kelangsungan untuk mencapai cita-cita utama saya.

Berkata tentang islam. Mari kita fikir dan renungi apakah nilai islam yang ada dalam diri kita. Adakah dia akan dikatakan islam jika hanya menunaikan solat, atau hanya berpakaian menutup aurat atau membaca alquran, atau sekadar nama yang mempunyai sambungan bin atau binti di tengah? Di manakah kita?

Cuba bayangkan pula dalam fikiran kita seorang muslim/muslimah yang kata-katanya terjaga. Hubungan dengan muhrim nya terjaga, auratnya juga terpelihara dengan mengikut syariat yang sebenar, lidahnya sering dilihat mengalunkan ayat suci Alquran, solatnya juga di awal waktu. Menunaikan zakat, menunaikan haji. Berakhlak mulia dan wajahnya tenang. Menghadiri usrah setiap minggu dan memperbaiki diri dari masa ke semasa. Pada masa yang sama kerjayanya juga hebat. Mungkin guru, doctor, atau jurutera. Okeh, selepas membayangkan semuanya, cuba fikir apa tafsiran kita pada dia. Mesti terdetik di dalam fikiran, Wah,, alimnya dia… waraknya dia…. Betul kan.

Wahai diri dan sahabat, sesungguhnya nilai-nilai islam telah semakin lama semakin menipis. Disebabkan itulah kita berfikiran begitu. Mungkin sahabat tertanya kenapa saya kata begitu. Manusia pada zaman ini lebih terpengaruh dengan nilai-nilai kehidupan orang bukan islam.

Saya menyatakan orang bukan islam dan bukan mengatakan orang barat kerana di barat juga ada komuniti islam.  YA, kita secara tidak sedar telah menanam nilai-nilai tersebut sejak dari kecil. Ibu bapa secara bergenerasinya melihat kejayaan sebagai kekayaan dan kemewahan wang dan harta benda.

Sesungguhnya orang yang kita bayangkan tadi adalah orang islam yang mengamalkan islam dengan hanya seminimanya. Islam hanya untuk dirinya. Beliau mematuhi perintah Allah meninggalkan larangan dan beramal hanya untuk dirinya. Menyedari hakikat penyerahan diri yang sebenar kepada Tuhannya. Tetapi belum untuk orang lain. Beliau tidak menyampaikan dan mengajak serta melakukan pengorbanan yang lebih besar. Maka jika ada nilai tambah itu, akan bertambah darjatnya. Ini tidak bermakna beliau perlu hidup miskin dan mundur, tiadak ada cita-cita kerana islam sendiri menggalakan umatnya mencari ilmu dan nafkah yang halal.

Jadi, jika dibukakan lagi mata kita, berapakah sebenarnya bilangan umat ~islam~ yang ada di Negara kita. Yang mengamalkan islam dengan seminimanya. Dimana kita? Islamkah kita dengan makna islam yang sebenar.???? Soalan yang membuatkan saya juga bermuhasabah. Jika manusia yang serupa itu dikatakan mengamalkan islam dengan minima, bagaimana dengan yang terang-terangan melakukan maksiat, mendedahkan aurat, berpakaian seksi dan ketat, Alquran hanya hiasan di rumah, malu diajak usrah, tidurnya panjang,,,,,,

saya tidak sesekali mengutuk atau menyalahkan mereka, tetapi menyalahkan diri sendiri, berapa banyak langkah yang telah saya ambil untuk membantu mereka. Membantu untuk mengeluarkan mereka dari generasi yang melihat kejayaan dari sudut yang paling sempit.

Ketahuilah bahawa, secara tersiratnya, kafir itu telah mula mencapai titik-titik kejayaan di atas propaganda mereka. FOOD, SEX, SHELTER…

Berbalik pada Impian saya tadi. Ingin berusaha untuk kaya dan boleh makan dengan sedap. Sex, hubungan lelaki dan perempuan, umat islam kini, mencari pelbagai jalan untuk kelihatan cantik, mendedahkan yang tidak patut, berbelanja demi kecantikkan. Dengan alasan supaya ada yang terpikat dan mencari pasangan hidup. Bukankah jodoh itu telah azali lagi ditetapkan.?? Malah mencarinya juga telah ditetapkan dalam syariat islam.??? Memikirkan bagaimana lagi cara untuk cantik.. Tudung yang bagaimana supaya dia kelihatan menggoda, ketat yang bagaimana supaya pandanga mata kan memujinya cantik, mekap yang bagaimana supaya dia menyerlah, kurus yang bagaimana supaya boleh kelihtan cantik. Jika ditafsir dengan ayat mudah, wanita berusaha untuk cantik untuk lelaki yang bukan muhrimnya serta juga golongan lelaki yang bergaya untuk menarik perhatian wanita bukan muhrim. Inilah pengertian sex yang halus yang ada dalam islam sekarang. SHELTER, semua manusia berlumba untuk mencari harta agar rumahnya boleh dihias seperti mahligai. Berusaha untuk mencantikan fizikal rumah sehingga lupa mencantikkan dan mencorak akhlak ahli rumah. Nilai ahli rumah tu sebenarya jauh berganda-ganda lebih mahal dari mahligai bertatah berlian jika dia mengamalkan islam yang sebenar.

Marilah kita sama-sama sedar akan hakikat ini dan terus berusaha untuk mengubah diri dan manusia sekeliling. Mari kita menghayati pengertian syahadah yang sebenar… Wallahuallam.

Advertisements

~ Hijrahku ~

01.10.2010.. tarikh yang bersejarah buat hati dan iman ku,, selesai program mabit wehdah, hati dan akal ku ligat memikirkan apa yg telah aku lakukan sepanjang usia ku hingga ke hari ini. Banyak perkara yang telah aku abaikan dan tidak sedari serta salah faham.

Tak kurang juga, kenangan pahit dan manis sepanjang hidup datang menjengah. Muncul wajah ahli keluarga tercinta, sanak saudara dan sahabat yang tersayang. Hati mulai sebak. Apa yang telah aku lakukan pada  mereka,,, hanya sekadar ungkapan sayang tanpa bukti yang hakiki. Aku mengaku menyayangi mereka tapi aku jarang mnegur keslahan mereka, aku tidak menunjukkan teladan yang baik, tidak mengajak mereka bersama mnegingatiNYA dan hari akhirNYA. Aku jarang berdoa agar mereka dikurniakan hidayah dan petunjuk. Aku turut membiarkan mereka melakukan perkara lagha.Aku Membiarkan mereka hanyut dengan idola-idola barat serta artis mereka.  Aku membiarkan mereka jauh dengan kitabMU. Aku memandang mudah disaat mereka tidak memelihara aurat mereka. Ya Allah, betapa zalim dan kejamnya aku. Ampunkan hambamu ini.

Tatkala iman mengingatkan tentnag saat kematian, naluri bergetar dan rasa takut hingga rasa terawang awang dalam tangisan. Aku adalah seorang yang takut untuk bersendirian, selalu berteman walau kemana jua. Tatkala teringat mati nanti, aku akan sendirian, barada di lubang sempit bersama cacing. Disoal pula oleh malaikat yang taat kepadaNYA itu. Aku di dunia sangat takut jika disoal oleh guru, apatah lagi dimarahi ibubapa dan guru. Apa akan terjadi pada ku di saat itu, aku sendirian, disoal pula oleh malaikat. Apa yang aku akan jawab? di mana aku hendak meminta pertolongan? Apa alasan yang boleh aku berikan untuk segala dosa yang telah aku lakukan.

Aku di dunia sangat lemah. Takut akan sakit dan luka. Ngeri akan kemlangan dan pembedahan. Apa akan terjadi di dalam kelak jika aku tidak dapat menjawab soalan mungkar dan nakir. Ular besar akan membelit sehingga patah tulang temulang. Ya Allah. aku rasa sungguh takut… air mata tidak dapt dibendung lagi.

Kemudian, berlegar pula di minda kenangan-kenangan manisku bersama ahli keluarga ku. Gurau tawa kami di masa gembira. Tangis kami bersama di saat susah. Wajah ibu ayah dan adik bermain di minda. Bagaimana mereka kelak. Di dunia, aku akan menagis dan bersimpati jika salah sorang mereka disakiti. Di sana kelak, bagaimana??? jika aku tidak membawa mereka mengingatimu dan mendoak mereka dengan bersungguh-sungguh, bagaimana nasib mereka nanti? Ya Allah, tika ini, aku rasa semakin takut. Menggeletar tanganku.

Silih berganti wajah sahabat-sahabatku, susah senang mengharungi dunia menuntut ilmu bersama. Kenangan manis kami bersama. gelak tangis dan jatuh bangun kami bersama. Di dunia, aku sanagt takut jika kehilangan sahabat, aku juga risau jika mereka tidak sihat atau sakit, aku seronok meluangkan masa bersama mereka. Di sana kelak, apa nasib mereka? Apa yang boleh aku bantu tika itu? jika aku tidak menegur kesalahan mereka sekarang, aku akan rasa bersalah sehingga bila-bila.

Kepala rasa berat, mengingatkan diri dan orang lain, namun hati semakin lapang. Seolah-olah ada kekuatan yang tiba-tiba datang. Memujuk diri untuk berbuat dan terus berusaha. Usaha menyelamatkan diri dan orang lain. Semangat berkobar-kobar. Terus ku lupakan cita-cita duniawi yang palsu. kehidupan yang abadi hanya di sana. Aku perlu mengorak langkah mulai sekarang. Memperbetulkan diri dan orang lain.

Ya Allah, berikan daku kekuatan, janganlah diputuskan denyutan nadi dakwah dlam diriku hingga bercerai jasad dan ruh ku. Aku bersyukur menjadi insan terpilih dan tika ini,aku perlu kekuatan itu. Aku mohonn padamu, jika satu masa aku jatuh dan tersungkur di jalan ini, bantulah aku untuk bangun ya Allah. Aku pinta padamu, kurniakan daku pendamping hidup yang sefikrah dan boleh bersamaku di jalanMU ini ya Allah, mencetak generasi yang soleh dan solehah. Semuanya hanya demi redhaMU ilahi. amin,,,