Archive for August, 2010

-TUNANG KU-

Betapa aku melihat jodoh orang di sekelilingku sampai.

TUNANGan mereka memang setia menanti.

Menepati janji setia, tidak terlewat walau sesaat,

Bilakah tibanya saat aku pula……

sesungguhnya aku rasa ia juga semakin hampir denganku sebagaimana satu persatu manusia di sekelilingku pergi dengan jodoh mereka.

Semoga aku terus bersedia dan sentiasa bertaubat..

aminn,,

~ setiap manusia itu bila lahirnya telah ditunangkan dengan jodoh masing-masing, namun tempoh masa sebelum jodoh atau maut itu benar-benar tiba hanya DIA yang mengetahui. Ingatlah, ia sangat hampir. ~

pulang ke kampung memberi semangat pada makcik dan adik2 ku, muhammad iqbal izat, nur izzatul husna, nur izzatul huda, muhammad iqbal irsyad.

INGAT atau TAKUT !!!!

 

 

Apakah perkara yang paling kita takuti ? jawapan saya sejak dr kecik lagi, saya takut mati. Memandangkan ustazah selalu menceritakan tentnag azab jika tidak solat. seram dan sangat menakutkan.  Alhamdulillah, melalui sedikit pembacaan dan perkongsian bersama sahabat, saya dapat menukar persepsi takut mati kepada ingat mati…

 

                Mati itu sendiri adalah bukan penghujung, tapi perubahan fasa, dari fasa dunia kepada alam barzakh, alam di mana makhluk yang bernama manusia itu tetap di sana selepas mati sehingga kiamat berlaku dan semuanya dibangkitkan semula. Terlanjur berkata tentang barzakh, ingin saya kongsikan atau mari saling mengulangkaji tentangnya, di sini lah manusia akan melihat destinasinya kelak, samada taman-taman syurga atau lubang-lubang neraka.

 

Tempat atau alam di mana manusia itu sudah tidak berpeluang untuk beralasan di saat berhadapan dengan mungkar dan nakir. Tiada lagi peneman, sahabat handai mahupun ibu bapa. Selepas seseorang itu mati, sahabat dan kaum keluarga akan bersedih seketika dgn pemergian, namun tidak mengubah hakikat bahawa selepas itu, tinggallah kita di alam baru itu sendiri. Batapa keras dan dahsyat azab di dalam kubur, hamba Allah yang banyak amalan buruknya akan melihat lubang-lubang neraka, maka akan terbalik mata hitamnya ke belakang, nauzubillah.. melihatnya pun sudah satu azab yang pedih, apatah lagi tingggal di dalamnya. Sebaliknya pula bagi hamaba yang banyak amalan solehnya, roh nya akan berterbangan seperti burung-burung dan  bertenggek di pepohon syurga..  

 

Wahai diri, sedarlah kamu, apakah jalan yang aka kamu pilih…..???? Sesungguhnya orang yang telah diberi peringatan tetapi tidak beramal dengannya adalah orang yang rugi. Seperti mana orang yang berada di saat sakaratul maut meminta pada malaikat maut menangguh saat kematiannya untuk hidup lagi di dunia, baru hendak beramal.

 

Mari kita sama-sama menginsafkan diri, mengutamakan akhirat lebih dari dunia. Mari menjadi orang yang pandai. Indicatornya bukan setakat mendapat 4 flat dalam peperiksaan tetapi, orang yang paling pandai ialah orang yang selalu mengingati MATI. Jika dibandingkan jangka masa di dunia berbanding kehidupan di akhirat yang selama-lamanya, pecahannya amat amat amat amat amat kecil. Mari kita selesaikan soal aurat, soal ibadah, soal ikhtilat, soal dakwah dan soal hati supaya tidak kerugian…

 

Takut mati menyebabkan seseorang itu tidak berusaha bersedia ke arahnya, perasaan takut meyebabkan mereka lalai.. “ jika asyik pikir mati bila nak maju” ungkapan bagi  manusia yang takut mati,,,, berlainan bagi yang ingat mati, seseorang itu akan sentiasa menyediakan dirinya tidak bertangguh dan lalai kerana mereka tahu mati itu bila-bila sahaja. Wallahualam. Untuk tambahan mari kita baca lebih lagi tentang mati, sakaratul maut dan kiamat, bukakan hati menerima hikmah, aminnn.

 

Kata-kata imam al-Ghazali “ carilah hatimu di tiga tempat…. Carilah hatimu ketika bangun membaca AlQuran, jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika solat, jika tidak kau temui juga, carilah hatimu  ketika  duduk bertafakur mengingati mati. Jika tidak kau temui juga maka berdoalah kepada ALLAh, pinta hati yang baru, kerana pada hakikatnya ketika itu kau tiada mempunyai hati.

~ cantik dan jelita ~

Di sebuah taman bunga yang indah, terdapat dua ekor rama-rama yang bersahabat baik. Hubungan kedua rama-rama ini sangat karib sehinggakan boleh memukau mata rerama lain yang melihatnya. Rama-rama ini melakukan tugas harian mereka bersama, berkongsi masalah bersama dan sama-sama menyebarkan risalah agama kepada rerama yang lain. Mereka berdakwah kepada yang lain dan turut mengislahkan diri.

 Kedua sama cantik berwarna warni dan berpekerti mulia. Pada waktu pagi, keduanya keluar mecari madu bunga di sekeliling  taman. Adakalanya mereka juga berselisihan, namun dek hubungan yang terlalu akrab, mereka tetap bersama dan saling bermaafan.

 Dek kerana hubungan yang rapat, ada sahaja masalah dari luar yang datang menguji. Menguji sejauh mana keikhlasan mereka dalam bersahabat dan kerana apa ukhuwwah mereka. Syukur semua rintangan mampu mereka hadapi, inilah ukhuwwah kerana ALLAH. Tiada yang dapat menghalang mereka menggapai redha dan mengejar syurga. Dua rerama ini bernama  `cantik` dan `jelita`.

Semua rerama lain yang ada di taman merasa kagum dengan keakraban keduanya. Jika cantik terpaksa keluar mencari madu di luar daerah tamannya, maka jelita akan murung dan sedih sehingga cantik pulang. Cantik dan jelita berpelukan menyatakan rasa rindu.

Jelita dan cantik saling mengingatkan tentang kesalahan masing-masing, saling memperbaiki demi redha Ilahi. Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa indah dan sempurna persahabatan yang disulami nilai-nilai islami itu. Sama-sama bertasbih dan memuji kebesaran ALLAH atas rezeki dan nikmat yang dikurnia ilahi.

Besar sungguh nikmat yang cantik dan jelita dapat. Tidak seperti kebanyakkan rerama yang lain, ada yang saling berlumba mengejar dunia,mencari madu dan tidak berkongsi rezeki, serta menggoda kumbang di taman larangan. Persahabatan yang selalu wujud ketika senang sahaja.

Sehinggalah pada suatu hari, ujian yang besar melanda cantik dan jelita. Peristiwa yang sangat menguji mereka. cantik digoda seekor kupu-kupu kacak yang tinggal di sebelah taman bunga mereka. Kupu-kupu yang lembut berbicara, bersembang  dan pandai bergurau senda. Konon membawa islam namun petah berbicara lagha dan sia-sia. 

Jelita pula semakin rapat dengan seekor kumbang kacak yang pandai mengambil hati dan penyayang terhadapnya. Memberi hadiah kepada jelita tanda menghargai, berbual mesra seperti pasangan yang sah. Membuatkan keduanya lupa dan leka. Batas antara jantina sudah tidak dikenali. meninggalkan jalan dakwah dan mengejar dunia sementara.

Maka keduanya leka dalam cinta terlarang masing-masing. Ujian dan tarbiah dari ilahi untuk menguji sejauh mana kekuatan ukhuwwah mereka, betapa kuatnya ukhuwwah yang dibina selama beberapa tahun sehingga muncul kupu-kupu dan kumbang.

Semua rerama di dalam taman berasa sangat sedih dengan apa yang menimpa cantik dan jelita. Cantik dan jelita membawa haluan masing-masing, kurang berbicara dan saling berahsia. Hilang sudah saat-saat manis berkongsi ilmu dan saling bertazkirah. 

Rerama lain sudah tidak mendengari senda tawa cantik dan jelita lagi. Seri di kawasan taman yang dihias oleh ukhuwwah kerana Allah sudah mula pudar.Semua rerama turut berduka cita dan mengambil iktibar dari apa yang terjadi. Namun, rerama lain tidak putus-putus mendoakan cantik dan jelita.

Ahli taman sangat merindui cantik dan jelita yang dahulu. Semoga Allah yang menguji mereka, maka Allah jualah yang akan memberi mereka petunjuk bahawa, mereka tidak perlu terburu-buru mencari kupu dan kumbang. Mereka hanya perlu terburu-buru dalam membentuk rama-rama yang solehah dan membuat persediaan untuk ke arah itu, jodoh mereka sudahpun ditetapkan sebelum rama menjadi beluncas lagi. Rama yang solehah akan mendapat rama-rama yang soleh juga…  aminnn..

:: Ramadhan ::

Kelebihan-Kelebihan Solat Sunat Tarawih Dalam Bulan Ramadhan.

Malam Pertama:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam Ke 2:
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam Ke 3:
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy’ supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam Ke 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam Ke 5:
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam Ke 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam Ke 7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi’raun dan Hamman.

Malam Ke 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam Ke 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.

Malam Ke 10:
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam Ke 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam Ke 12:
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam Ke 13:
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam Ke 14:
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam Ke 15:
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.

Malam Ke 16:
Allahsubhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam Ke 17:
Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam Ke 18:
Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam Ke 19:
Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam Ke 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam Ke 21:
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam Ke 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam Ke 23:
Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam Ke 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam Ke 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam Ke 26:
Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam Ke 27:
Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam Ke 28:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam Ke 29:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam Ke 30:
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar”.

~adam hawa~

Untukmu Adam dan Hawa
http://www.iluvislam.com
Dihantar oleh:
Muslimah single93

Editor: Nor Adrenaline

Adam…

Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,

Gagah perkasa seperti Badang,

Kau gunakan Hawa sebagai umpan,

Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

 

Hawa…

Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,

Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,

Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,

Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

 

Adam…

Kadangkala kekacakan yang ada padamu,

Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,

Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,

Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

 

Hawa…

Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,

Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,

Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,

Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

 

Adam…

Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,

Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,

Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,

Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

 

Hawa…

Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,

Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,

Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,

Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

 

Adam…

Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,

Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,

Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,

Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

 

 

Hawa…

Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,

Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,

Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,

Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

 

Oleh itu Adam…

Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,

Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,

Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,

Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

 

Adam…

Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,

Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,

Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,

Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

 

Begitu juga Hawa…

Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,

Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,

Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,

Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

 

Hawa…

Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,

Namun…itu bukanlah yang Adam harapkan,

Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,

Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.

 

:: insan ::

Di kala rasa jatuh dan sepi saya cuba bermuhasabah diri dan bersoal dengan hati. Wahai nisa, apakah tujuan hidupmu..? Kamu hendak memilih yang sementara atau yang kekal..? Impianmu yang paling besar adalah apa..? adakah hanya sekadar hidup yang senang dan bebas di dunia, belajar, lulus peperiksaan, belajar di universiti, mendapat pekerjaan, membantu keluarga, mencari pasangan hidup, mendapat anak, kemudian…… sudah bersedia untuk MATI? sudah bersedia untuk kehidupan sana? Sudah banyak bekalan dengan gaya hidup di duniamu dulu? Dimana janji mu dengan tuhanmu untuk membela agamamu menjadi khalifah di muka bumi? Adakah sebaliknya berlaku, kamu malah menjadi fitnah bagi agamamu?

maka dengan persoalan persoalan ini, dengan monolog dalaman ini saya membina semangat. Walaupun terkadang rasa asing, rasa berlainan dari yang kebanyakkan, rasa tak cukup masa, rasa sibuk….. Namun dengan sahabat baik saya, saya mampu bangun dari lena dan bangkit dari jatuh. sahabat saya yang paling akrab ialah hati saya,, memujuk diri. Hati saya membimbing untuk saya terus kuat dengan mengingati zat yang paling agung. Melahirkan rasa syukur atas tarbiah terbesar dari DIA. Ujian dan dugaan yang mengajar diri.

Wahai diri dan hati janganlah kamu melupakan DIA, kerana kelak kamu akan lupa akan diri kamu sendiri.. ( 59:19) .wahai diri, tanggungjawabmu sangat besar, menyemai benih-benih kebajikan dan kebaikan untuk kamu tuai hasilnya di ladang dunia dan menjual kepadaNYA kelak. Nescaya tukaran yang kamu sungguh tidak sangka. DIA membeli dengan bayaran syurga… namun ingatlah hati, jika kamu lalai dan mengejar dunia semata-mata…… apakah kesudahannya? Sesungguhnya azabNYA sungguh pedih.

HATI… terima kasih kerana menjadi sahabat karib saya. Perbualan kita di masa sunyi itu betul2 memberi ketenangan pada saya. Membuatkan saya semakin kuat untuk terus berbuat, terus sibuk dan terus asing…… demi RhedaMU ya ALLAH.. pintaku semoga saudara-saudaraku yang lain juga beroleh kekuatan… ukhuwwah yang sebenar ialah ukhuwwah yang membawa ke syurga, yang mendidik hati dan tidak patuh pada dunia semata. Aminnn..

” Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”  (9:24)

dedikasi untuk diri dan, saudaraku tersayang… RARANANADADALALA… semoga kita terus sama meniti jalan meuju redha ilahi.  kerana kita adalah insan, makhluk yang lupa..

~ ziarah di thailand ~

 

 

malaysia-thailand 31.7.2010 – 04.08.2010

 

di banparamai vittaya school. bersama adik comel yang suka dipeluk dan dicium.. he

barisan fasilitator wanita yang bermalam di trap tanee vittaya school  

 

gambar ni telah diedit oleh rumateku dada.. pantai di sana

nasi arab, juadah yang enak dijamu oleh pihak sana, sebuah maahad …

pengalaman.. naik hilux kt belakang, dalam perjalanan ke pantai

menjadi fasilitator di checkpoint 6.. boling botol, penat tapi indah

tiba di sadao thailand..

juga gambar yg diedit dada.. kengan selama 5 hari 4 malam di channa thailand dan berjalan di sekitar, hatnyai, songkla, dan bnyak lg.. semoga ukhuwah berterusan..

pengalaman berkomunikasi dengan kanak-kanak yang tidak pandai berbahasa melayu banyak mengajar kami.. erti kesabaran.

paling penting, hubungan islami yang sangat erat meski budaya, bahasa dan tempat yang berlainan..

~thailand in memory~