~ sentuhan akhir ~

Sentuhan akhir dan pembentangan projek

Pada minggu ke 13, kami sekumpulan (Aiman, Nana dan Nisa )  telah menjalankan usaha untuk  menggabungkan pecahan yang terdapat dalam video kami yang diasingkan mengikut jalan penceritaan dan lagu yang telah dirancang beserta dengan kata-kata yang bakal menghiasinya kelak. Antara program yang digunakan ialah, window movie maker, Nero dan sony vegas 9.0.

Pada awal penceritaan, kami menggunakan lagu `You Raised me up` yang menceritakan pengorbanan ibu dan bapa yang telah membesarkan kali sehingga kini.

Kemudian diikuti oleh lagu `kasih sayang `oleh sixth sense yang menggambarkan detik-detik manis antara anak dan ibu bapa sejak dari kecil. Gambar yang dipamerkan juga menujukkan suasana yang ceria dan harmoni.

Selepas itu, kami latari dengan muzik ‘still water’ menceritakan tentang pesanan ibu bapa kepada anaknya, mengingatkan tentang suasana yang bakal berlaku tika ibu dan bapanya tua kelak. Pesanan semoga anaknya itu tetap sabar dengan kerenah mereka apabila tua kelak.

Akhir sekali kami tutup dengan ‘ nasyid doa untuk ibu bapa’ dengan berlatarkan gambar ibu bapa dan anak-anak.

Pada minggu tersebut juga kami berusaha untuk mengedit semula hasil kerja dan mengedit gambar-gambar yang telah kami perolehi. Namun, ada juga sedikit kesukaran yang timbul apabila kami terlalu banyak mengumpulkan gambar kanak-kanak berbanding dengan ibu bapa. Untuk mengatasi masalah tersebut, kami mencari sumber lain dengan mendapatkan gambar ibu bapa dan saudara mara sahabat-sahabt yang lain.

Secara keseluruhannya, projek ini mengambil masa seminggu untuk diedit secara keseluruhannya. Kerjasama antara ahli kumpulan yang memberangsangkan turut memudahkan kerja kami.

Pada petang hari pembentangan, kami sangat berdebar-debar kerana risau sekiranya objektif yang kami rancang tidak tercapai. Namun selepas dibentangkan, kami bersyukur keran respon dari sahabat -sahabat lain sangat menggembirakan. Video lain yang dibentangkan juga sangat menarik dan kreatif hasil nukilan semua senior pelajar TESL, selaku junior tahun dua program sains, kami bimbang sekiranya projek yang kami lakukan tidak mencapai kehendak yang disyaratkan oleh CIk Aidah.

Akhir sekali, sekalung penghargaan buat cik Aidah, mentor kami yang telah banyak memberi tunjuk ajar di dalam kelas dan sangat mudah untukbertoleransi dengan kerenah- kerenah kami. Tidak lupa juga kepada  pensyarah-pensyarah kursus Teknologi Dalam Pendidikan yang telah mengajar kami. Dr Rosseni, Mejar Jasmy dan Dr Arbaat.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: