.. Dua sahabat itu ..

                Jam 9 mlm hari jumaat perjalanan dua orang hamba Allah yang dalam hatinya insyaAllah semata-mata demiNYA, demi agamaNYA. Meredah kegelapan malam menunggu bas di depan kolej rahim kajai. Kemudian bas pun sampai dan membawa mereka ke stesen komuter, perjalanan ke hentian Pudu pada malam itu berjalan lancar sehinggalah mereka membeli tiket untuk ke Kuantan.

                Setibanya di terminal Makmur Kuantan, pada jam 3 setengah pagi, mereka menumpang melelapkan mata seketika di surau di atas terminal. Tidur pendek yang nyenyak mampu memberi tenaga untuk mereka bangun di pagi hari, menunaikan kewajipan kepadaNYA dan berjemaah dengan penumpang lain yang turut ada di surau. Indahnya islam, saudaranya itu tidak dikira berdasarkan pangkat dan rupa, cukuplah sekadar berada di dalam satu landasan akidah yang satu. Mereka berkenalan dengan sahabatbaru.

                Setelah itu, perjalanan mereka diteruskan seawal jam  6.45 pagi, mencari mana-mana mesin atm yang boleh membantu mereka mengeluarkan wang simpanan. Kemudian itu, mereka berjalan menuju perhentian bas yang bakal membawa mereka ke gambang. Sambil menunggu bas, dan membaca ma`thurat, datang seorang mak cik tua yang mungkin sudah berpangkat nenek mereka kira, nenek tua yang sedikit bongkok membawa barangan dapur, mungkin baru pulang dari pasar, datang mendekati dan bertanya dengan ramah. Sesudah itu, mak cik tua bercerita tentang keluarganya. Tanpa mengenali mereka dengan lebih dekat, mak cik tua itu dengan senang hati menceritakan segalanya tanpa dipinta. Alangkah sedih dan simpati mendengar ceritanya. Realiti yang boleh didapati dengan mudah dalam akhbar atau majalah, namun pagi itu, mereka mendengarnya secara life. Akibat ketandusan iman..

                `Mak cik ada anak, dah besar semuanya, semua tinggal dengan mak cik, ada yang sudah bercerai, jadi tinggal dengan mak cik dengan anak-anaknya. Mak cik tua pun bercerita tentang cucunya, yang baru melepasi alam persekolahan, berkawan dengan seorang kawan perempuan yang juga dikenali mak cik itu, pada suatu hari, sang nenek atau mak cik ini, terlihat kan perut si gadis. Maka terbongkarlah segalanya. Mak cik tersebut menceritakan lagi pelbagai kejadian sehinggalah bayi tersebut lahir, tanpa satu perkahwinan yang sah. Ketika ini, satu perasaan aneh menyelinap ke dalam diri sang sahabat, alangkah kasihannya….

                 Bayi itu tidak berbapa, ibunya masih bersekolah. Pada awalnya, bayi itu hendak diserahkan pada pasangan yang tinggal di Kuala Lumpur dengan bayaran yang tertentu, namun akhirnya dituntut oleh keluarga sang bapa untuk dijaga meskipun dalam serba kekurangan. Bayi perempuan itu ketika kisah kini diceritakan oleh mak cik tadi, sudahpun berusia dua tahun setengah, betapa mak cik itu mengingati kejadian itu dan sanggup menceritakan kepada dua orang sahabat itu tadi. Bukan itu sahaja, pelbagai lagi ranjau kehidupan dan kisah hidup yang diceritakan. Sukarnya hidup mereka..

                Dalam hati dua sahabat itu, berlalu monolog doa memohon supaya Allah memelihara keluarga Mak cik itu. Semoga dewasanya kelak anak kecil itu membawa sinar kepada keluarga mereka. Semoga Allah mengurniakan kepada mereka petunjuk untuk berubah dan memahami islam dengan sebenar. Kasihanilah mereka…  Pada akhir penceritaan mak cik itu tadi, beliau berpesan pada sepasang sahabat kerana Allah itu tadi untuk menjaga diri dan tidak menjadi seperti cucunya itu tadi. Pesan seorang ibu kepada anak perempuannya..

                Dua orang sahabzt itu termenung menghadam kisah benar itu, mencari ibrah dalam pemikiran masing-masing dan berdoa memohon pengampunan dan memanjatkan syukur kerana tidak terjebak. Wahai sahabat, betapa besar dosa zina itu,, maka janganlah kita sedikitpun menghampiri bunga-bunga zina.

                 Bunga-bunga zina yang telah dijadikan indah dihias rapi oleh syaitan untuk menyesatkan cucu cicit adam. Tatkala seorang hawa atau adam yang menghampiri zina itu, berdekah dekah syaitan ketawa keriangan, mendapat teman baru di neraka kelak. Nauzubillah, sahabat, jauhilah couple, keluar berduaan, kata-kata rindu yang bisa menggelapkan hati melalaikan diri. Jagalah aurat, pergaulan dan percakapan. Sesungguhnya, wanita yang baik itu, namanya tidak diperkatakan oleh golongan sang lelaki, dan tidak bermain juga di bibirnya nama-nama lelaki yang bukah muhrimnya.

                 Wahai sahabat, tidak cukup lagikah bukti yang kita boleh lihat, belum tiba kah masa untuk kita bertaubat…. Belum lagikah masa untuk kita meninggalkan apa yang dilarang itu. mahukah perkara yang sama berlaku pada kita dan keturunan kita Kelak Hisab untuk mereka yang tahu tapi masih berbuat itu lagi pedih azabnya. Tidak terjangkau akal. Nauzubillah..

               

                Sambil berfikir itu, mata melilau mencari bas, Pada hemat mereka bas akan bertolak pada jam 8.00 pagi. Namun setelah lama menunggu, bas tidak juga kunjung tiba. Salah seorang dari mereka, yang lebih arif dan senior  itu pergi bertanyakan pak cik drebar yang juga turut menunggu bas yang tidak lagi tiba pada jam 8.30 pagi. Seorang lagi sahabat, menghabiskan masa membaca ma`thurat sambil memerhati kelibat manusia lain di sekitar. Rupa-rupanya, bas pancit dan akan sampai lewat dari waktunya. Dua orang sahabat yang berniat untuk berziarah di UMP Gambang dan telah berjanji untuk berjumpa jam 10 pagi sudah gelisah, bimbang jika terlambat dan membuatkan sahabat d sana lama menunggu. Akhirnya, datang bas ke Jengka dan bas tersebut melalui UMP. Maka naiklah sahabat itu ke dalam bas. Diduga dengan satu dugaan apabila keduanya terlepas simpang ke UMP, terlajak sehingga ke Kolej Matrikulasi Pahang.

Namun apabila bertanya kepada penumpang lain, mereka boleh mendapatkan bas lain di sebelah jalan sana untuk berpatah balik. Mereka pun turun di sebuah kampung yang berada di kawasan lepar. Menunggu bas yang akan menghala ke Gambang semula sambil sahabat itu mengisi masa dengan membaca alQuran dan buku. Akhirnya bas yang dinanti pun tiba kira-kira jam 10.30 pg, bertolak lah ke gambang dengan penuh rasa lega dan syukur kepadaNYA. Setibanya di simpang Gambang sang sahabat pun meneruskan perjalanan berjalan kaki pula untuk ke dalam UMP. Syukur pada ilahi kerana cuaca mendung ekoran hujan pada pagi itu menyebabkan perjalanan tidak sesukar berjalan ketika terik matahari yang panas.

                Maka bertaut lah kembali kasih antara sahabat dari jauh tadi dengan sang sahabat di UMP. Selepas solat dhuha, mereka berbincang dan bertanya khabar membentuk sebuah keluarga dengan jalinan islam. Pada jam 2.00 petang dua sahabat itu bertolak menunggu bas untuk keluar dari UMP semula dan pulang dengan penuh kenangan dan pengajaran. Tarbiah dari Ilahi.. Tiba di terminal kira-kira jam 3.15 petang Solat jamak berjemaah dilakukan di terminal makmur, mereka mengambil kesempatan berdoa panjang dan menghabiskan bacaan ma`thurat petang itu sambil menunggu bas pada jam 4.30. Perjalanan dari terminal makmur ke pudu mengambil masa kira-kira 4 jam.

                Setibanya di pudu, suasana yang lebih hidup dapat disaksikan, ragam manusia yang aktif mencari rezeki di selangi hiruk pikuk manusia yang rata-rata menonton bola di kaki lima jalan. Wahai tuhan, jika mereka ini, pemuda pemudi islam yang dilihat itu dilatih dan ditarbiah, masing2 akan mempunyai semangat jihad seperti Zaid yang mohon pergi berperang pada usia 13 thn. Maka akan gahlah islam di mata dunia. Berikanlah mereka itu petunjuk dan hidayah.

                Sahabat mengakhiri perjalanan mereka pada jam 10.30 malam di UKM dan ditutup dengan solat dan bacaan Alquran sebelum mati yang sementara itu datang menjengah. Tidur untuk membina tenaga untuk keesokkan hari. Kata-kata akhir seorang sahabat kepada sahabatnya, ‘terima kasih kerana turut menemani dalam perjalanan yang sangat bermakna’. Sahabat yang lagi seorang, dalam hatinya, pengalaman lebih lagi berharga buatnya, dalam jalan yang penuh ranjau dan dugaan.  Semoga allah memberkati sepasang sahabat yang bertemu dan berpisah keranaNYA ini. Allahuakbbar!!

Berikut adalah kisah benar (2.4.2010-3.4.2010 ) yang berlaku telah ditakdirkan dialami oleh dua hamba Allah yang sangat dikasihi Allah sehingga memilih mereka untuk tarbiah itu. Semoga kita mengambil pengajaran dari kisah ini. Astagfirullah…..

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: