:: Jual jual.. !! ::

Jual2  !!! Limau manis….

Peniaga ; mari kakak abang beli buah limau, manis dan segar

Pembeli : berapa harganya ni?

Penjual : 3 biji RM 10

Pembeli : mahalnya?? Betol kah manis ni? Boleh saya rasa sebiji? Kalau manis saya beli lagi 3 biji. Buah ni expired bila ni? Tahan tak ? Datang dari mana ni?

Penjual : tak boleh rasa kak, memang manis ni. Buah kualiti baekkkk punya ni.

Pembeli : Tapi mahalnya buah awak

Penjual : Memang mahal, buah berkualiti ni.. Berbaloi-baloi ni kak

Pembeli : saya ambil 3 biji RM 6 la

Penjual : tak dapat la kak.. dah tetap harganya ni

Pembeli : Alah, bolehla..

Penjual : Kalau macam tu, saya x nak jual la

Kesudahannya.. bolehla kita sendiri simpulkan mengikut citarasa sendiri…

Inilah jual beli sesama manusia. Betapa teliti seorang manusia itu membeli dan memilih apa yang hendak dibelinya.

Mahu memastikan buah limau itu sedap dan berkualiti. Wang RM 10 yang mungkin hanya sejumlah yang kecil bagi kebanyakkan manusia kini.

Hartanya yang disimpan bahkan diperolehi lebih banyak dan berganda-ganda jumlahnya… tetapi mengapa kita masih berkira-kira dalam hendak membelanjakan wang atau pinjaman dariNYA itu lebih lebih lagi pada jalan NYA,ini kerana telah dicampakkan dalam diri manusia itu kecintaan terhadap hartanya.

Mustahil jika ada manusia yang tidak cinta akan hartanya. Bukankah ibu bapa, adik beradik,saudara mara, sahabat,  ladang ternakan, wang ringgit.. semuanya harta manusia..??  Tidak salah untuk cinta itu tetapi perlulah dikawal.

Kenapa sesetengah binatang selepas melahirkan anaknya, dan beberapa ketika, ibunya akan pergi meninggalkan anaknya yang masih kecil dan mentah itu hidup berdikari sendiri ?

Sedangkan kita tahu kasih seekor binatang terhadap anaknya itu boleh jadi lebih besar dari kasih sayang dari manusia kepada anaknya yang sanggup mencampak bayi comel ke dalam tong sampah, biar ditimbus pasir di tepi pantai, membakarnya dengan timbunan sampah sarap …

Sebagai contoh seekor buaya, selepas anaknya menetas, selepas beberapa ketika anaknya itu akan tidak lagi bersama ibunya.. anaknya yang masih kecil itu perlu berdikari sendiri..apakah ibu buaya itu tidak takut kalau-kalau berlaku  apa apa pada anaknya? Ini lah fitrah alam yang diciptakan indah dan mempunyai hikmah yang perlu kita lihat sedalam dalamnya.

Jika ibu buaya itu tidak berlaku sedemikian, mungkin anak buaya tadi tidak akan jadi buaya pada besarnya.. mungkin buaya yang berperwatakan cicak atau biawak… tidak menjadi se gah sang ibu buaya tadi.. jadi perlulah sang ibu buaya itu meninggalkan anknya berdikari untuk membina diri menjadi buaya yang ganas dan boleh mencari makan sendiri.

Beginilah cara sang ibu buaya mengawal rasa cinta pada hartanya iaitu anaknya.. sebagai seorang  manusia, carilah jalan untuk mengawal cinta pada harta kita itu. Cinta pada ibu bapa, doakanlah mereka, cinta pada adik beradik, bimbinglah mereka, cinta pada sahabat, berukhuwwahlah dengan mereka…

Tunjukkan pada insan2 tersayang itu jalan dan tegaslah dengan pendirian moga mereka juga tidak goyah untuk melihat jalan yang lurus… Tunjukkanlah qudwah hasanah agar membekas di jiwa mereka.

Cinta pada harta berupa wang ringgit, sedekahkanlah… sesungguhnya harta yang sebenar ialah harta yang disedekahkan itu kerana harta itu akan membantu kelak di hari penghitungan..

Berbalik pada tujuan asal entri ni, saya sangat terharu tatkala mendengar pengisian tentang slot ini ketika program IGT yang terbaru. Apakah cukup diriku ini untuk dijual kepada DIA nanti. Mahukah DIA membeli sedangkan kualitinya saya tahu sangat teruk dan tak berbaloi dengan matawang yang ditawarkan itu…….

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu Telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar.

[At-Taubah, 9 : 111]

Sudah cukupkah harta dan jiwa kita ini untuk dijual padaNYA yang menjanjikan Syurga, matawang  yang sangat tinggi nilainya………. Apa yang hendak saya tawarkan nanti.. seperti sang penjual yang meyakinkan pembeli tentang buahnya yang manis..

Mampukan saya membohongi sang Pencipta Agung itu kelak.. bagaimanakah keadaanya..? Apa yang telah saya berbuat untuk  agamanya? Bahkan diri sendiri juga sangat lemah imannya.. sahabat….

Muhasabah ini khas ditujuakn pada diri sendiri yang paling utamanya, kerana jari rancak menaip inilah yang akan ditanya dahulu….wahai jari, apakah tuan  kamu telah berbuat apa yang dia perkatakan??

MasyaAllah,,, apa jawabku kelak.. doakan saya dan juga sahabat yang lain tetap tabah, istiqamah dan kuat dalam mengislahkan diri seterusnya orang lain…

Advertisements

2 responses to this post.

  1. Posted by rara on March 25, 2010 at 6:06 am

    sah..syukran kasiro utk post yg sgt brmanfaat ni~

    Reply

    • huu,,afwan ni adaptasi dr IGT rah,, dgr pd hri tu dgn pghyatan dan muzik yg mengiringi, tambah lak suara akhwat yg mdayu2 bercerita,,,, huuuu,, memang berkesan..x pernah den rase kehambaan yg sgttt mcm tu,,

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: