:: Mehnah ::

Dalam hidup singkat di dunia ini, selaku insan yang diciptakan oleh penciptanya yang agung, tak kan pernah lari dari menghadapi mehnah atau ujian yang merupakan cara Yang Maha Agung itu mentarbiah hambanya.

 

Menjadikan hambanya itu kuat dan tabah serta mengurniakan kebahagiaan kepada hambanya sesudah ujian itu kerana sesungguhnya setiap kesulitan itu ada kemudahannya

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.  sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan” ( Al Insyirah 94:5,6)

Dikaitkan dengan perjalanan ke UM… perjalanan yang kami sangka mudah itu ada ujiannya yang tersendiri, niat nya adalah untuk melawat adik-adik pasum pada malam itu. kami bertolak dari kolej  jam 8.30 malam. Perjalanan lancar sehinggalah kami sesat di sekitar KL..

Perjalanan yang hanya 45 minit menjadi lebih dari sejam. Kereta Ukhti Shira yang sememangnya sedikit tak sihat kami gunakan juga malam itu. Kami berpatah balik dan berpusing di sekitar kawasan menara rebung mencari simpang dan papan tanda UM.. tak pun kami jumpa…

Akhwat yang pergi masa tu, Ukhti Farahlia, Ukhti Hifa, Ukhti Shira dan saya. Kami pergi jauh sampailah tak kelihatan lagi menara rebung tadi, melalui stadium besar, tak tahu apa nama tempatnya,,

kemudian kami teruskan juga sampailah kami berhenti di sebuah stesen minyak dan Hifa bertanyakan jalan kepada seorang kakak yang baik hati menunjukkan kami jalan. Kami mengikutnya sampai ke satu simpang dan dia meminta kami meneruskan perjalanan berbekalkan sedikit teori tentang jalan yang perlu kami lalui. Katanya dari simpang itu dah dekat dengan UM.

Kami berhenti di sebuah restoran kerana keliru tentang jalan yang kami lalui. Farah menegur berbau hangit, saya dengan spontan menjawab bau dari restoran ni kot. Kemudian Shira pula bersuara terkejut sebab bahagian depan kelisanya berasap.. Kami semua keluar dari kereta. Tmperature pada masa tu sangat tinggi.

Padahal masa tu kami belum sampai di UM lagi, kasihan membayangkan adik-adik di sana mesti lama menunggu kami. Kemudian keputusan diambil untuk membiarkan kelisa sejuk dulu di situ, kami menghubungi akhwat yang tinggal di dalam UM untuk menumpangkan kami.

Rupa rupanya UM dh tak jauh dari restoran tadi. Lega, dan kami memulakan usrah selepas berkenalan dengan adik-adik pasum.

Keletihan tadi hilang tatkala berjumpa dengan adik-adik di UM yang sbar menunggu kami. Dalam hati, lega akhirnya sampai juga di UM.. pertama kali saya dtg ke UM ni..

Inipun selepas diajak oleh Ukhti farah @ rara yang tercinta. 🙂 Selepas pengisian oleh Ukhti farah dan Ukhti Hifa, kami menamatkan usrah  dan meminta akhwat UM mnghantar ke restoran tadi semula. Syukur ada akhwat tersebut yang tolong kami,, dalam hati inilah ukhuwwah…

Kelisa pun dah sejuk dan kami tambah dengan mengisi air dalam tangki penyejuk di bahagian depan. Hala pulang ke UKM, Farah pula yang memandu.. Perjalanan lancar dan kami pulang ke UKM dengan selamat walaupun agak lewat.

Paling penting misi pada malam itu berjaya walaupun diduga dengan sedikit dugaan. 🙂

Advertisements

2 responses to this post.

  1. salam ziarah dear~
    moga ukhuwwah ini sentisa terjalin..
    rindu kamoo..teruskan menulis…

    dr sahabat yg bertemu dan berpisah kerana Allah~

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: