~Ila Mardhatillah~

UMP + UM

Sebuah rentetan dua destinasi dalam 2 minggu yang berturutan yang sangat banyak mengajar saya erti pengorbanan dan keikhlasan hanya demi agamaNYA.  Suatu hari, Ukhti saadiah bertanya, ‘Nisa’ bz  x, nak mntak tolong ’,, saya pun jawab ‘ Insyaallah boleh akak, selagi mampu’ ‘Nk mintak tolong teman akhwat pergi ke ump’. Perasaan yang seronok, membayangkan berjumpa dan membina ukhhwah baru dengan adik-adik di ump. Dalam hati, betapa tegarnya iman adik-adik yang sentiasa mengkehendaki tarbiah walau jarak pemisah beratus batu.. Bagaimana dengan diri ku,, masih ada lagikah keinginan untuk bermalas malasan ????

Firman Allah dalam surah At Taubah : 41

” berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah,. yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui “

Semoga terus istiqamah di atas jalan ini, jalan yang bukan dihampari permaidani merah tapi dipenuhi ranjau dan onak duri..

Perjalanan kami pagi itu bersama ukhti zura, ukhti aqilah, ukhti athirah dan saya. Pagi yang juga menduga kami bila kami tersalah masuk susur ke highway plus yang menuju ke JB,, Alamak.. kita tersalah masuk ni.. Kami yang sememangnya berbekalkan sdikit peta dari ukhti saadiah  yang pada awl nampak senang je., Sejam kami berpusing balik keluar ke putrajaya dan sampai ke ukm dan memulakan perjalanan dari ukm setelah sejam memanaskan enjin.. hee.. Masing-masing  masih tersenyum dan ceria di saat itu.

 Kami faham, sekali kami rela berjuang turun ke jalan ini, pasti akan datang seribu lagi dugaan yang bakal menguji iman. Sebelum bertolak, malam kami menyambut maulidur rasul, saya cuba mneyediakan diri mental dan fizikal supaya saya mampu membantu akhwat dan sekurang-kurangnya menyumbang apa yang terdaya.

Kemudian, kami memulakan perjalanan semula dan untuk mengelakkan kesesatan lagi, saya cuba menghubungi sahabat2 yang lebih arif dan ayah saudara untuk lebih pasti ngan jalan yang kami perlu lalui. Akhirnya berkat kasih ilahi, kami sampai di UMP gambang Pahang hampir jam 1 tgh hari. Kasihan uhkti aqilah yang memandu, malam sbelumnya kami ada program malam rindu kasih ilahi sempena maulidur rasul yang berakhir juga lewat malam dan awal paginya Aqilah perlu drive berjam2.

Berjumpa dan disambut oleh adik-adik di ump sangat menyeronokkan. Alhamdulillah, segala yang dirancang mampu diteruskan dengan baik. Adik-adik yang mempunyai kefahaman yang baik, dan ramah, membuatkan saya  kagum dan sangat bersyukur kerana DIA memilih saya untuk berada di atas jalan ini. Usrah berjalan lancar dengan pengisian dan perkongsian sesama akhwat. Saya juga sempat bertemu  sorang sahabt lama di smksp dulu,, seronok,, indahnya jika dia juga bersama kami.. kalau boleh, saya nak ajak semua sahabat2 yang disayangi untuk sama2 berada di jalan tarbiah… semoga dimakbulkan, jika bukan sekarang,, satu hari nanti.. ku mohon ya Robb, satukan kami dengan ikatan ini.

 

Berpisah dengan akhwat di ump juga satu perkara yang berkesan di jiwa, dapat merasakan kehadiran kami yang sangat dinantikan mereka, membawa beribu makna buat kami dan adik2 di sana, dalam hati, moga kita ketemu lagi.. Semoga kalian kuat,,,membetulkan kembali niat.. ila mardhatillah..

Kami pun bertolak pulang ke UKM lbih kurang 4.30 petang, perjalanan lebih mudah dengan adanya rukhsah solat. Itulah hikmah pencipta agung, DIA maha penyayang lagi maha pengasih. Kami solat jamak taqdim di ump lagi. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di R&R temerloh, untuk berehat dan makan malam. Temerloh, daerah kelhiran dan tempat tinggal saya,, sayu,, terus teringatkan mak dan adik2.. Ya Rabb, berilah daku peluang berbakti kepada mereka..  Saya menelefon adik lelaki, seronok sebab dia pun excited nak jumpa kalau sempat,, ‘ tak sempat la hafiz, da nak balik ukm terus lepas makan ni’ Sengaja tak ingin memberitahu yang saya ada pogram di gambang dan singgah di temerloh.. Malas menyusahkan adik tersayang. R&R  tempat adikku bekerja ketika musim cuti sekolah,, semoga dia faham erti hidup dan belajar dengan pengalamannya..

 Kami terus kan perjalanan dan sampai di tol Gombak menjelang mghrib. Sekali lagi, kami sesat di Kl,,, Perjalanan pulang sepatutnya kurang 4 jam menjadi 6 jam. Kami sesat dan pergi jauh sampai masuk higway kesas menuju ke shah alam. Saya segera bertanya pada ayah saudara dan kami perlu berpatah balik… Kemudian sesat di putrajaya. Kasihan ukhti Aqilah,, kepenatan, memandangkan hanya Ukhti Aqilah yang boleh memandu, lessen saya tak siap lagi, huuu.. Kami singgah di hentian sebelum masuk ke tol putrajaya, memberi peluang pada semua untuk berehat,, Ini lah saat yang agak menduga diri, semuanya penat lebih2 lagi pemandu.

Saya mengambil peluang bertanya pada pengunjung lain di situ… Akhirnya, dengan murah hati, seorang pak cik membekalkan kami sedikit teori untuk kami sampai ke simpang bangi atau kajang. Waktu masa tu, dah melepasi waktu isyak, merisaukan tentang Aqilah yang pulangnya ke UKM nanti, beliau ada liqo’ dengan akhwat lain, sangat simpati ngan Aqilah, namun sangat2 kagum dengan semangatnya.

 Di duga lagi, kami sesat di dalam Putrajaya, kami berpusing di tempat yang sama beberapa kali walaupun dah cuba ikut signboard yang menghala ke Kajang. Ketika ini, semua lesu dan kepenatan  tak seaktif kami memulakan perjalanan dari ump tadi.

Berkat kesabaran.. kami sampai juga jam 10 malam.. Syukur,, Qilah pun x yah gi liqo’… perancangan Allah itu yang pasti..Kami hanya mampu merancang Allah yang mnentukan… ALHAMDULILLAH.. tiada kata yang boleh mengambarkan syukur..

Akan datang saya akan post entry perjalanan ke UM… juga dengan dugaan dan pengalaman tersendiri yang mematangkan hati..

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: