:: SodiQati ::

Sahabat,,,

                Ungkapan yang tak pernah lekang dalam kamus hidup saya. Kehidupan di zaman sekolah,matrikulasi dan universiti  membuatkan saya jarang untuk bersama keluarga. Berada di asrama sejak tingkatan satu, kemudian ke matrikulasi jauh di utara, dan k e universitisekarang. Sahabat adalah pedamping yang setia saya. Tak bermakna ada jurang antara saya dan keluarga, jarak yang wujud itu la yang membuatkan saya semakin menghargai keluarga yang tercinta. Membina keazaman yang tinggi untuk saya gigih dalam membantu keluarga.

                Coretan ini Cuma untuk menyatakan betapa rasa kasih dan cinta saya pada sahabat yang pernah hadir dalam hidup sejak dari sekolah lagi. Sahabat yang banyak membantu dan mewarnai hidup. Mengajar pelbagai erti hidup dan mengajar erti kematangan.  Sejak dari dulu, saya adalah seorang yang sangat sensitif bila dikaitkan dengan sahabat. Masa sekolah rendah, saya selalu kena marah dengan mak,, “ cah, awak ni, asyik lebihkan kawan dari adik sendiri, cube kesian kat adik tu “.. masa kecil, saya ni bila dah jumpa kawan, adik mesti dah dilupakan. Kalau ada apa-apa makanan atau gula-gula, mesti kawan lagi diutamakan. MasyaAllah, kehidupan di asrama banyak mengajar erti kehidupan, Saya pernah berterus terang dengan adik, ‘ fizah.. mintak maaf, dulu orang selalu buli awok.. hehehe,, fizah tak ingat pun sebenarnya,,, Bila di asrama saya akan sedih bila mengenangkan adik-adik di rumah. Huhuhu.. saya sayang mereka lebih dari saya sayang diri saya sendiri.

                Berbalik pada sahabat, masa tingkatan satu, ada perselisihan ngan kawan, saya menangis sedih sangat, sampai panggil mak cik datang asrama, mase tu mak cik la yang selalu ulang alik jenguk di asrama. Saya menangis teresak-esak, tapi mak cik gelak2. Dia dah faham perangai saya.. ingat lagi ayat makcik mase tu.. ‘cah ni kalau bab kawan, gini la jadinyer,’ huuu,, xpe la, dapat luah kat mak cik mase tu pun jadi la. Dah besar ni, bila anak mak cik yang sulung tahun ni tingkatan satu  nak tinggal di asrama, dia pun mula la ungkit kisah dulu-dulu tu.. adoih,, malu pun ada.

                Sifat semula jadi yang tak boleh dibuang.. Saya tak suka bergaduh, tak suka berselisih faham, tak suka bermasam muka, terutama dengan sahabat rapat saya. Sehingga la sekarang, saya akan cuba sedaya upaya untuk tak menimbulkan salah faham. Saya rela mengalah demi persahabatan. Kadang-kadang orang kata, sahabat baik akn selalu bergaduh, menunjukkan diorang ni rapat. Tapi tak dengan saya,, Saya dan yusra.. sepanjang kami bersahabat, tak ada pergaduhan. Sebagai manusia normal, tak lari dari buat kesalahan dan berselisih, baik saya mahupun yusra, namun kami lebih memilih untuk mengalah dan lupakan kesalahan yang timbul. Kami lebih memilih berbaik sangka dan menganggap perselisihan itu perkara yang remeh. Bila ada perselisihan kami memilih untuk diam dan beri masa pada diri masing2, tak lama  lpas tu, okey semula.  Kalau kami berjumpa, kami akan kongsi macam2 perkara. Banyak rahsia yang kami kongsikan. Saya dengan pendapat saya dan dia dengan pendapat dia, kami saling menerima dan tak berbalah. Saya pun banyak belajar dari yusra ni, seorang yang sangat independent, kakak sulung dari 6 yang tinggal diasrama sejak dari tahun 2, sehingga la sekarang.. Seorang yang periang dan ceria. Bayangkan masa tahun 2, mungkin ada di antara sahabat lain masih makan bersuap dengan mak, yusra dah tahu erti hidup jauh dari keluarga.

 

Terlalu ramai kalau nak dinyatakan, tak sanggup kehilang seorang pun. Namun, rindu dan kasih juga buat shakinah sukardhi, mas aqidah, kamilatul husna, saeidatul umairah, nurul faraheen, siti nurul hasikin, yusra,  antara sahabat yang pernah meminjamkan saya kasih sayang bukan sahaja dari mereka malahan ahli keluarga mereka.  Tempat menumpang  kasih ketika jauh dari keluarga sendiri.

Sahabat, tatkala diri ini leka atau hanyut, pimpinlah daku. Syukur yang tak terhingga, saya dikurniakan sahabat2 yang membawa saya bersama-sama mereka untuk berada di atas satu landasan yang lurus. Syukran jazilan, ya ukhti.. Syukran pada murobbiah yang sanagt sabar dengan mutarrabi macam saya ni. Saya rasa sangat bertuah…. Di kala teringatkan masa silam, saya kabur, namun kini, mereka membawa cahaya dalam hidup ini.  Nikmatmu tidak terhingga ya Rabb. Kasihilah sahabat2ku ya Allah.. Temukanlah kami di daerah sana dalam bahagia. Semoga semua sahabat2 akan memperoleh hidayah dariNYA dan juga memperoleh nikmat tarbiyyah. Sahabat yang menjadi tulang belakang saya kini,LALA, RARA,DADA,NANA,,, uhibbukum fillah..

Ada satu masa saya akan merasa sedih bila rasa rindu ni datang. Rindu pada sahabat2.. Adakah, sudah tidak lama masa saya di dunia ini,, ? Adakah hampir tiba masanya? sehingga Allah memberI saya peluang mengingati dan merindui sahabat2, mengenangkan mereka…Maafkan saya jika sahabat membaca entry ini, saya insan yang sangat lemah.. Dosaku menggunung Bersediakah saya untuk itu….. Mati yang pasti..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: