SMKSP, SPians and me..

Rindu, rindu dan rindu

Rindu pada kawan di sekolah dulu. Kenangan-kenangan manis masa di asrama. Entahla kadang2 rasa macam saya ni mcm melebih pulak, org lain biasa je huhu.. Tapi, memang kehidupan di smksp dulu melakarkan beribu kenangan yang bila dikenang rasa mcm nak balik ke sekolah semula. Kesusahan dan dugaan masa di asrama dengan kawan-kawan yang memang best sgt. Saat-saat yang tak disukai dulu, kena berhimpun awl pagi, pkol 1-2 pagi, ada kes tergempar,,  Dengan akal masa tu, saya memang x suka sbb mengganggu tidur kami yang dah sedia pendek waktunya. he. Kami prep sampai pkol 11.30. Lepas mase tu la nak siapkan baju sekolah untuk esok, beberape iron je untuk  satu blok dan perlu  kongsi2. Ramai gak yang prefer stay up smpai jam 3-4 pagi. Musim-musim exam, bilik study memang penuh la. Jam 5-6 pagi kami dah perlu bangun siapkan diri sebab kalau lambat2, nanti air pulak habis. Kena beratur tuggu giliran lagi. Lepas solat subuh, 6.30-7.00 masa untuk kami sarapan, kemudian bergegas ke tapak perhimpunan. Begini lah kami setiap hari. Macam tu lah rutin di asrama bagi semua pelajar sp..

Mungkin x semua rasa mcm yang saya rasa. Tapi bila tengok semula gambar sekolah, memang itu lah tempat yang x kan saya lupakan sejarahnya. 5  tahun di sekolah yang sama, hubungan dengan kawan2 dah macam adik beradik. Memandangkan semua student smksp perlu tinggal di asrama. Kami seperti keluarga, rutin harian yang dilakukan bersama, didenda bersama2, makan mknn yang sama,,prep dan study sama2.

Jumlah kami yang x ramai membuatkan kami  boleh kenal antara satu sama lain dalam batch kami dan kebanyakkan dari batch yang lain. Rindu dengan Miss Edy, teacher yang sgt sporting, Ustazah Norhafisah, Ustaz kamarol yang baek, Cikgu Kama yang terror, Cikgu Rulam yang  kata2nya menusuk kalbu, Ustazah Norihan yang baek, blanja kami sekelas murtabak, kismis, n mcm2 lagi la.Cik Maizani yang steady,  Tak ketinggalan, cikgu Azizah a.k.a cikgu jijah, yang di luar cikgu disiplin yang sangattt garang, tapi dalam kelas, perwatakannya berubah betol2, cikgu sejarah yang boleh tahan lawaknya.

Kami semua pelajar perempuan pernah kena denda lari pusing satu padang disebabkan ada segelintir pelajar perempuan yang lambat ke perhimpunan setiap pagi.

Huhuhu, dengan berbaju kurung, meredah padang, larian 800m, suasana yang hening dengan rumput yang masih basah dengan embun, masuk kelas dengan comot semuanya. Heee. Sebelum pergi perhimpunan, dalam dorm, akan berlaku satu suasan lazim..

‘Sape ade jarum lebih? Sape ade pemotong kuku,,, sape ni,, sape tu. Kasot, stoking,,. hehehe mcm2 lagi la. Kadang2 kena curi2 panjat bilik dobi untuk cari baju yang nak dipakai,, ni berlaku sbb x sempat ambik bakul dobi ari sebelumnya.. hee. Melengkapkan diri daripada didenda ngan cikgu jijah.. Tudung pastikan jangan ada muncung tajam2,kih33. Nanti kalau cikgu jijah yang modifykan tudung, memang akan jadi murid yang tercomel. Heee.. Pastikan tudung pakai yang labuh. Ari rabu, jangn suke suki x nak pakai baju unit uniform or tukar dengan member, he, itu la yang kami buat, minggu ni puteri islam, miggu depan KRs, minggu satu lagi kadet polis, pastu jpa lak, main rotate2.. waaa. Rinduuuuuu, saat2 tu. Bila ada spot check, puaslah mencari ikhtiar, ,

Sahabat2 yang dirindui, mas aqidah (uitm), kamilatul husna(um), saeidatul umairah(uitm), nurul faraheen(medical college), sharifah yusra wahidah(utm), sitinurul hasikin(maktab), siti Nabilah(unimas), dan ramai lagi. Merindui kalian,, 😦

Cikgu2 di smksp… mmg sangat best.. terima kasih cikgu, keranamu la cikgu, saya berada di ukm ni untuk mendapatkan gelaran cikgu dan berbakti seperti cikgu2 satu masa nanti. 😉 Kalau nak dicoretkan kenangan di sekolah ni, memang tak kan habis, even 10 page pun. Saya memang rindu sangt2, nak2 bila tgk gambar2 dalam kelas. Huuuu,, kalaulah saya dapat posting kt smksp. SYOKKKNYERRR…. Ya rabb, rahmatilah guru2 kami..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: