~ musim panas ku ~

“ insyaALLAH ,good things come after bad things, so don’t complains”.. kata2 Dr.ummul khair

“kesedihan itu, ibarat musim panas yg datang menyinggah utk mewarnai hidup kita” kata2 dari ukhti saadiah


“Langit tidak selalunya cerah, sulam malam tak berbintang, itulah lukisan alam, begitu aturan Tuhan,” nasyid lukisan alam

Selepas solat isyak, saya berfikir sejenak tentang keluhan-keluhan yang dah berbakul-bakul, malahan mungkin lebih, bergunung-gunung kot yang dah saya lontarkan.

Lebih-lebih lagi ini la semester yang memang mencabar buat saya dan juga shbt yang lain. Banyak dugaan datang menimpa kami dan tugasan yang makin banyak. Ujian yang berturutan, subjek yang memang susah bagi saya.

Assignment yang menimbun. Hampir setiap hari minggu ini, kami tidur sehingga lewat pagi, pukul 2-3 pagi menyiapkn diri untuk ujian dan tugasan yang perlu dihantar. Tambahan pula, setiap hari kami sem ni, kelas bermula jam 8 dan kebanyakkan tak ada gap antara kelas smpai tgh hari dan petang. Syukur ada ‘cik merah’ saya yang banyak membantu untuk membawa saya dan sahabat ke kelas.

Jika ditafsir dari sudut itu, memang banyak sangat peluang untuk diri ni selalu merungut, mengeluh, menangis, putus asa dan macam2 lgi la yang negatif. Tapi jarang sekali diri ni melihat dari sudut yang lagi satu.


Dugaan yang menciptakan pengalaman dan mendidik kekuatan hati untuk menghadapi hidup mendatang, kesibukan dan kepadatan aktiviti membuatkan saya x sempat untuk melakukan perkara-perkara lagha, kesdihan dan keperitan yang menbuatkan memgalirnya air mata tu la yang melunakkan hati dan melembutkan jiwa, meruntuhkan ego dihadpanNYA.

Syukur… kata yang sepatutnya terucap bila berhadapan musibah.Ini la musim panas yang uhkti saadiah katakan, yang mana ia mampu membentuk jiwa yang indah. Selepas musim panas itu, akan tiba musim bunga yang melahirkan putik2 warna- warni indah. Tanpa kesedihan tu, macm mana kegembiran itu boleh dirasai kan.

Namun, hati yang lemah ini kadang tidak lari dari melakukan kesalahan dan mencipta alsan untuk bermalas-malasan. Tersentuh dengan kata2 ustazah sakinah, “ sedih melihat adik2 yang masih leka, sedangkan ada insan yang diduga Allah dengan kesakitan yang berat, namun masih mampu cemerlang dalam segala genap bidang. Dunia dan ukhrawi” MasyaAllah,, dimanakah diri ini. Terasa kerdil..

Sabar adalah sumber kekuatan dan teman sejati kita. Sayyidina Umar Al-Khattab pernah berkata: “Jika engkau sabar, maka hukum Allah tetap berjalan dan engkau mendapat pahala,dan apabila engkau tidak sabar, tetap berlaku ketentuan Allah sedang engkau berdosa.” Untuk mengaplikasikan sabar ni x semudah berkata-kata saja, perluakn tekad dan mujahadah yang tinggi.

Semoga, hati ni tetap kuat dan selalu bermuhasabah memperbaiki diri. Kurangkanlah rungutan dan keluhan wahai diri. Sirah banyak memberi pedoman, Rasulullah s.a.w dan shbt ditimpa dugaan yang jauh lebih-lebih lagi hebatnya. Sumayyah, yasir dan bilal, imannya teguh.

Semoga, entry ni akan sentiasa buat diri ini dan juga shbt yang lain ingat tentang hikmah di atas semua yang berlaku. Semoga kata syukur kita melebihi dari keluh kesah yang tak berpenghujung. Aaminn.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: